[VIDEO] Anak Muda Joget Sakan Di Sunway Lagoon Bagai Di Kelab Malam, Warganet Luah Rasa Risau );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] Anak Muda Joget Sakan Di Sunway Lagoon Bagai Di Kelab Malam, Warganet Luah Rasa Risau

Share

Tular di laman Tiktok baru-baru ini apabila sekumpulan remaja dilihat berjoget sakan dan bersesak di taman tema air Sunway Lagoon tanpa mengenakan sebarang penjarakan dan SOP.

Meskipun situasi COVID-19 di negara kita semakin pulih, namun langkah berjaga-jaga harus diambil oleh semua masyarakat dengan menjaga penjarakan antara satu sama lain.

Situasi berbeza berlaku apabila video perkongsian di bawah menunjukkan betapa riuhnya situasi di sana dengan kehadiran pengunjung yang leka berjoget bagaikan di kelab malam.


Memetik laporan Kosmo, sehingga kini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan polis berkaitan aktiviti tersebut.

“Hasil siasatan awal, Taman Tema Sunway Lagoon boleh memuatkan seramai 40,000 orang dalam satu-satu masa manakala kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 adalah seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar.

Melihatkan situasi riuh dan sesak itu, ruangan komen dipenuhi dengan kerisauan dan kata-kata negatif daripada warganet.

sunway

 

“Kepada yang tak pernah masuk club nak merasa huh macam ni la Cuma takda lampu je”

sunway

sunway

Sekiranya anda bercadang untuk ke Sunway Lagoon, nasihat penulis agar jaga penjarakan dan kekalkan SOP walau di mana juga anda berada.

Hargailah kebebasan yang diberi dan jangan sesekali pun kita alpa dan leka dalam apa jua ituasi kerana COVID-19 ada di mana-mana!

 

[Sumber: Tiktok]

 

Baca Juga: Masih Tiada Penyelesaian, Hartal Doktor Kontrak 2.0 Bakal Dilaksanakan Tidak Lama Lagi

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!