Anak Susah Bangun Sahur? Ketahui Cara Sebenar Kejut Anak Bersahur - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Anak Susah Bangun Sahur? Ketahui Cara Sebenar Kejut Anak Bersahur

Hidayah Abdullah
Share

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya, pasti ada ibu bapa yang masih menghadapi situasi anak susah untuk bangun sahur.

Setiap kali waktu sahur, kejutkan anak bangun dari tidur sahaja sudah boleh menjadi medan perang itu belum termasuk muka anak tersembam dalam pinggan gara-gara menahan perasaan mengantuk.

Jelaskan Makna Puasa & Pentingnya Sahur

Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan menggunakan pendekatan yang paling baik untuk memudahkan anak-anak faham makna puasa, kebaikan jika berpuasa, pentingnya sahur dan ganjaran yang bakal diperoleh iaitu pahala. Selain itu, selitkan juga kisah zaman para Nabi dan sahabat sebagai suntikan motivasi kepada anak-anak.

Rangka Jadual Tidur Anak

Ibu bapa sudah pastinya lebih memahami pattern anak-anak, elakkan anak-anak anda terbiasa bermain gajet sehingga lewat malam dan kemudiannya sukar untuk bangun bersahur. Pastikan anak-anak masuk tidur setelah mereka selesaikan tugasan serta ulang kaji, supaya mereka tidak terlalu mengantuk ketika waktu sahur.

Sediakan Ganjaran

Kanak-kanak sudah pastinya teruja apabila menerima hadiah bukan? Ibu bapa juga boleh menggunakan pendekatan dengan memberikan anak-anak ganjaran. Sebagai contoh, sekiranya anak-anak berjaya puasa penuh dan bangun sahur selama seminggu ibu dan bapa akan hadiahkan sesuatu yang disukai mereka.

Gunakan Suara Yang Lembut

Sewaktu kejut anak-anak daripada tidur, gunakan suara yang lembut kerana mereka bersifat manja dan sangat sukakan kelembutan. Pujuk mereka dengan baik dan jangan sesekali menggunakan kekerasan mahupun paksaan kerana ia akan memberi kesan langsung kepada emosi mereka.

Makanan Kegemaran

Sediakan juadah kegemaran anak-anak ketika sahur supaya mereka teruja untuk bangun dan bersahur. Memandangkan hanya pada waktu itu sahaja mereka berpeluang untuk makan makanan kegemaran sebelum mula berpuasa di siang hari.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!