Anda Ingin Bersenam Pada Waktu Malam? Adakah Ia Elok Atau Tidak? - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen Lifestyle

Anda Ingin Bersenam Pada Waktu Malam? Adakah Ia Elok Atau Tidak?

Avatar
Share

Apabila kita membincangkan topik mengenai senaman, pasti ramai yang akan fikir bersenam lebih sesuai dilakukan pada waktu pagi atau petang.

Jika mencadangkan untuk bersenam pada waktu malam, ramai yang tolak kerana dikatakan bersenam ketika waktu itu tidak sihat pada badan.

Sebenarnya, senaman pada waktu malam tidak akan memudaratkan badan. Namun, digalakkan untuk mereka yang ingin bersenam pada waktu malam melakukan senaman yang ringan sahaja. Atau nama lainnya ‘low-impact’.

Tetapi bagi mereka yang mempunyai gangguan tidur, anda disarankan untuk mengelakkan senaman pada waktu malam. Kerana ia akan membuatkan anda berjaga atau payah untuk tidur dengan lena.

Antara senaman yang boleh dilakukan:

  • Pilates
  • Yoga
  • Meregangkan badan
  • Urutan sendiri
  • Senaman untuk rilekskan badan
  • Meditasi

 Senaman-senaman ini merupakan senaman yang akan menguatkan otot badan anda serta melegakan stress. Ia juga akan membaiki postur badan anda serta menenangkan fikiran. Dengan lakukan senaman ini, tidur anda akan lebih lena dan anda akan bangun dengan segar keesokan harinya.

Namun jika anda mempunyai senaman rutin yang telah biasa dilakukan, anda boleh teruskan dengan senaman anda sendiri.

Kebaikan-kebaikan yang diperoleh apabila bersenam pada waktu malam:

Tidak memberikan gangguan kepada orang lain

Jika anda seorang yang suka jogging di kawasan taman, perumahan atau mana-mana yang bersesuaian, anda boleh bersenam dengan bebas tanpa merisaukan memberi gangguan terhadap orang lain.

Malah, udara malam yang sejuk lebih segar berbanding dari pagi atau petang ketika jalan penuh dengan orang atau kereta.

Pagi anda akan lebih rileks

Senaman pada waktu malam memberikan ruang kepada anda untuk lebih rileks dalam menikmati waktu pagi, anda tidak perlu bangun and kejar masa apabila anda terlepas waktu senaman anda.

Selain itu, anda juga dapat tidur lebih lama dan menyediakan sarapan dengan lebih teratur. Waktu pagi anda tidak akan stress memikirkan rutin senaman anda serta menyiapkan kerja-kerja yang harus dibuat.

Badan anda lebih bersedia dan bertenaga

Lazimnya, pada waktu pagi badan kita lebih memerlukan tenaga berbanding dari menggunakan tenaga. Berbeza pada waktu malam di mana badan kita telah warm-up setelah satu hari bekerja.

Oleh kerana tubuh badan telah warm-up, kita akan lebih peka dan juga dapat meluangkan masa yang lama ketika bersenam pada waktu malam.

Bagus untuk melepaskan stress

Mungkin anda keletihan dan stress satu hari bekerja, jadi anda boleh la bersenam untuk melepaskan stress. Apabila anda pulang kerja, anda boleh bersiap bersedia terus untuk melakukan senaman atau jogging di taman.

Anda dapat tidur yang lena

Mungkin apabila anda bersenam pada waktu malam, anda akan dapati diri anda susah untuk tidur. Namun, sampai sahaja waktu anda tidur, anda akan dapati diri anda tidur lebih nyenyak dan lena dari yang biasa, Dan pagi anda akan lebih cergas dan bertenaga.

Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!