Anda Mempunyai OCD? Atau Anda Hanyalah Perfectionist? Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Anda Mempunyai OCD? Atau Anda Hanyalah Perfectionist?

Share

Semua manusia suka dan inginkan kekemasan dalam kehidupan mereka. Beberapa barang yang kemas atau beberapa perkara yang teratur mampu memberikan kebahagiaan serta menghilangkan stress kita kerana ia tidak akan menyebabkan ‘sakit’ mata.

Tetapi sesetengah manusia mempunyai sifat yang ingin kekemasan dan teratur melampau sehinggakan ramai yang ‘cop’ mereka mempunyai OCD. Adakah betul ianya OCD? Atau mereka hanyalah manusia yang perfectionist.

Ramai yang mudah keliru antara OCD dan perfectionist sehinggakan mereka telah menyalahkan guna dua perkataan tersebut. Jadi apakah sebenarnya maksud kedua-dua perkataan itu?

Perfectionist

Mengikut kepada Wikipedia, perfectionist merupakan sifat keperibadian yang ditunjukkan oleh seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh dan selalu tetapkan standard prestasi tinggi, termasuk juga dengan penilaian diri yang kritis dan mempunyai perasaan bimbang terhadap penilaian orang lain.

Secara singkatnya, mereka selalu inginkan segala perkara kelihatan perfect dan teratur di dalam kehidupan mereka.

Seseorang yang mempunyai sifat ini mungkin mempunyai rutin harian mereka yang selalu mereka ikuti seperti rutin pagi mereka atau cara mereka aturkan meja mereka di tempat kerja. Tetapi mereka lakukan perkara tersebut bukan kerana mempunyai sifat anxiety.

Mengikut kata Dr.Baskin yang merupakan seorang psikiatri, “Mereka puas melakukan perkara itu kerana ia berfungsi dengan baik untuk mereka, walaupun ia membuat orang lain menjadi gila.”

Mereka yang perfectionists ini mempunyai harapan yang tinggi untuk diri mereka sendiri dan untuk orang lain. Sifat ini selalunya dikaitkan dengan kemampuan organisasi yang baik dan tingkah laku yang teratur. Perkara ini mungkin dapat mendorong orang lain untuk capai kecemerlangan.

Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

OCD adalah gangguan kesihatan mental yang melibatkan pemikiran berulang atau keinginan yang tidak diingini di mana ia akan menyebabkan seseorang merasa gelisah. Untuk mengurangkan perasaan gelisah, mereka akan melakukan tindakan yang berulang-ulang atau ritual kompulsif.

Mereka mungkin sebenarnya faham bahawa apa yang dilakukan itu tidak rasional tetapi mereka masih menghabiskan berjam-jam sehari untuk melakukannya.

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai pemikiran obsesif mengenai keselamatan mereka sendiri atau keselamatan orang yang mereka sayangi mungkin merasakan bahawa mereka perlu membuka kunci dan membuka semula pintu depan rumah berkali-kali sebelum mereka meninggalkan rumah. Ada juga yang mungkin akan mengelap meja berkali-kali demi membersihkan ruangan tersebut.

“Mereka tahu bahawa mereka tidak harus melakukannya, tetapi mereka mesti melakukannya, jika tidak dilakukan bermaksud ia akan meningkatkan tahap kegelisahan mereka yang tiada toleransi,” jelas Dr.Baskin. “Keseluruhan proses ini sangat menggangu individu.”

Jadi, sudah jelas bahawa kedua-duanya merupakan perkara yang sangat jauh beza. Kita tidaklah boleh menilai seseorang itu dengan begitu mudah kerana sifat OCD ini merupakan bukan perkara yang main-main. Jika ada di kalangan ahli keluarga atau kawan yang mempunyai sifat OCD, segeralah minta bantuan daripada pihak pakar. Jika ada yang merupakan perfectionist, janganlah kita menghukum dia kerana sifatnya begitu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!