Anda Takut Kucing ? Jangan Risau, Mari Kenali Apa itu Ailurophobia - Verst );

Type to search

Anda Takut Kucing ? Jangan Risau, Mari Kenali Apa itu Ailurophobia

Adamedia Infotainmen

Anda Takut Kucing ? Jangan Risau, Mari Kenali Apa itu Ailurophobia

Avatar
Share

Sebagai manusia, kita semua tidak akan pernah boleh lari dari segala jenis penyakit, takut, mahupun fobia terhadap sesuatu benda sekalipun.

Ailurphobia merupakan sebuah perasaan takut terhadapt kucing. Mereka yang menhidapi penyakit ini akan mengalami perasaan gelisah apabila berada dekat dengan kucing. Mereka juga akan melihat kucing seolah harimau ataupun sesuatu yang menakutkan.

brown cat walking on tree branch

Antara simptom-siptom kita mengalami Ailurophobia terbahagi kepada dua jenis iaiti secara fizikal dan mental.

Fizikal, kita akan rasa takut yang amat sangat, jantung akan berdegup lebih laju dan mengalami kesesakan nafas.

Secara mental pula ialah, kita akan panik apabila kita terlihat kucing ataupun memikirkan mengenai mereka. ita juga akan memikirkan cara bagaimana untuk melepasi atau tidak bertembung dengan mereka dalam jangka masa yang lama.

Man Covering Face With  His Hands

Kita tidak boleh mengambil remeh tentang perkara ini kerana ia boleh menggangu urusan harian serta kesihatan kita.

Menurut kajian, sehingga kini masih tiada sebab yang rasmi kenapa wujudnya fobia ini namun, apa yang boleh dirumuskan ialah mereka yang menghidapi mungkin mengalami trauma diserang kucing ketika kecil atau yang lebih parah.

Penyakit ini boleh diubat dengan menjalani terapi minda di mana mereka akan diberi masa untuk bersama dengan kucing secara maya hinggalah fizikal.

Rakan-rakan disekeliling perlu lebih peka dan jangan mudah mengambil enteng tentang penyakit ini.

Sumber: Healthline

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!