Siti Nurhaliza, Faizal Tahir Antara Selebriti Turun Padang Bantu Mangsa Banjir );

Type to search

Adamedia Isu Best

Siti Nurhaliza, Faizal Tahir Antara Selebriti Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Share
selebriti

Banjir yang telah melanda beberapa lokasi di Malaysia telah membuatkan ramai selebriti turun padang untuk menghulurkan bantuan barang keperluan asas dan makanan kepada mereka yang terkesan.

Sejak pagi Ahad yang lalu, bersilih ganti selebriti terkenal berkongsi bantuan yang dihulurkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Lembah Klang dan lokasi-lokasi lain yang dilanda banjir.

BACA JUGA: CEO Apple Sedia Hulur Bantuan Kepada Malaysia Susulan Bencana Banjir yang Menimpa

Antara selebriti yang turun padang menghulurkan bantuan adalah Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Ismail Izzani, Izzue Islam, Fazreen Rafi, Azhan Rani, Yana Samsudin, DJ Lin dan ramai lagi.

Tangkap layar dari InstaStory @CTDK

Melihat perkongsian daripada penyanyi nombor satu negara, Siti membuat aktiviti misi bantuan bencana yang diuruskan bersama-sama dengan kakitangan syarikatnya. Turut menemani beliau ialah suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa.

Selain itu, salah seorang penyanyi muda terkenal, Ismail Izzani juga turun padang membantu mangsa banjir di sekitar kawasan Hulu Langat, Selangor.

Sementara itu, Pelakon Azhan Rani atau cukup dikenali menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur turut mengambil inisiatif sendiri dengan menghulurkan bantuan barangan keperluan hasil sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir di Meru.

Seorang lagi pelakon terkenal tanah air, Izzue Islam juga tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bersama isterinya.

Walaupun selebriti ini tidak terkesan dengan masalah banjir yang berlaku, namun, semangat dan usaha mereka boleh menjadi contoh yang baik untuk orang ramai pada masa akan datang.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!