Apa Akan Jadi Kalau Manusia Jadi 'Cyborgs'? - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Apa Akan Jadi Kalau Manusia Jadi ‘Cyborgs’?

Farhana Syahirah
Share

Macam mana rasanya nak kendalikan objek dalam fikiran korang? Atau dengar warna? Atau mungkin boleh hidup selama-lamanya tanpa perlu fikir tentang kematian? Mesti korang tak pernah terfikirkan? Tapi, macam mana jika sebahagian dari tubuh badan korang ada mesin atau ‘artificial intelligence’?

Adakah ia akan menyebabkan jurang yang lebih besar lagi-lagi antara kaum kaya dan miskin? Atau langkah seterusnya dalam evolusi manusia? Sebelum ini, Adamedia ada membincangkan juga evolusi manusia jika mereka adalah makhluk asing dari masa depan.

Memang topik ini agak mengelirukan untuk korang. Lebih-lebih lagi bila sudah wujudnya cyborg di antara kita tanpa sedar. Menurut Neil Harbisson, cyborg manusia pertama di dunia, mereka tidak akan ke mana-mana


Cyborg bukanlah satu-satunya perubahan yang kita harapkan dalam teknologi ini. Artificial intelligence (AI) juga semakin maju dari semasa ke semasa. Mungkin dalam 50 tahun akan datang, AI akan menggantikan sebahagian besar kerjaya manusia. Atau mungkin lebih baik daripada kita – manusia.

Elon Musk berpendapat bahawa, untuk bantu meringankan beban manusia membuat kerja rumah dengan bantuan AI, kita juga perlu meningkatkan diri untuk bersaing dengan robot. Walaupun bagi manusia cyborg iaitu Neil, dia kata yang robot bukannya nak takluk manusia pun. Tapi bagi penulis, kemungkinan itu boleh terjadi juga.

Sebabnya, kalau badan kita dipengaruhi dengan mesin AI, macam mana kalau kena godam? Macam mana jika satu-satunya yang organik adalah fikiran kita? Atau macam mana jika kita sebenarnya bukan lagi manusia? Adakah kita masih lagi di dalam zon tamadun manusia?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!