Apakah Maksud Sleepwalking? Nampak Biasa Namun Mampu Ancam Nyawa - Verst Adamedia );

Type to search

Apakah Maksud Sleepwalking? Nampak Biasa Namun Mampu Ancam Nyawa

Adamedia Infotainmen

Apakah Maksud Sleepwalking? Nampak Biasa Namun Mampu Ancam Nyawa

Hidayah Abdullah
Share

Berjalan sambil tidur kedengaran biasa, namun tahukan anda risiko disebaliknya yang mampu mengancam nyawa?

Keadaan seperti ini juga dikenali sebagai Somnabulism iaitu gangguan tidur di mana seseorang itu berjalan sambil tidur dan kurang atau tidak mengingati apa yang dilakukannya setelah terjaga.

Sleepwalking sering terjadi pada jam pertama atau kedua selepas individu tidur dengan nyenyak, keadaan ini berlangsung selama 5 hingga 15 minit.

kanan-kanak sering mengalami sleepwalking, terutamanya mereka yang berusia 3 hingga 7 tahun.

Sebab utama yang boleh menyumbang kepada keadaan itu adalah sleep apnea iaitu gangguan corak penafasan semasa tidur menjadi laju dan kemudian kembali perlahan.

Sleepwalking juga boleh diwarisi daripada keturunan yang mempunyai sejarah yang sama.

Sebab lain adalah gangguan tidur, sukar untuk tidur, gelisah (anxiety), depresi (depression), kelenjar tiroid yang terlalu aktif serta tidak membuang air sebelum tidur.

Keadaan tersebut tidak berkait dengan keadaan psikiatri mahupun masalah psikologi dan tiada rawatan serta ubat untuk merawat sleepwalking.

Gejala ketara yang di alami sleepwalker adalah mereka cenderung untuk duduk tegak di sofa seperti dipukau, sukar bangun tidur, tidak memberi respon semasa berbual, bercakap semasa tidur, kelihatan seperti di awangan, tingkah laku tidak sopan serta bedwetting (kanak-kanak).

Sleepwalker cenderung untuk berjalan dengan mata yang terbuka serta ekspresi wajah yang kosong.

Terdapat mitos mengatakan jangan bangunkan sleepwalker kerana ketika itu roh sedang berpisah dari jasad.

Namun tahukan anda, sleepwalker perlu dikejutkan kerana keadaan itu bukan hanya sekadar berjalan sambil tidur.

Terdapat kes di mana sleepwalker mencederakan diri mereka serta membahayakan nyawa orang lain.

Selain berjalan, sleepwalker juga cenderung menjalankan aktiviti seperti memasak,menghentak kepala ke dinding, memandu, menjerit, berlari, dan lain-lain.

Aktiviti bersenam, meditasi, berehat sambil mendengar lagu, menyediakan ruang tidur yang selesa, elak pengambilan makanan yang banyak serta pedas sebelum tidur, mengambil ubat sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur serta menjauhi peralatan teknologi mampu mengatasi masalah sleepwalking.

Sebelum tidur pastikan barangan tajam disembunyikan, pintu rumah dikunci, barangan yang boleh mendatangkan bahaya disimpan di tempat selamat supaya sleepwalker tidak mencederakan diri mereka dan orang lain.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!