Pengguna Apple Watch Kini Boleh Main Game Legend Nokia 3310, ‘Space Impact’ );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Pengguna Apple Watch Kini Boleh Main Game Legend Nokia 3310, ‘Space Impact’

Share
nokia

Suatu ketika dahulu, Nokia 3310 merupakan sebuah telefon bimbit yang terkenal dan dimiliki ramai terutamanya golongan dewasa.

Manakan tidak, ketika itu jenama telefon berkenaan merupakan sebuah alat peranti komunikasi yang menjadi kegilaan ramai.

Pendek kata, siapa yang tak memiliki telefon bimbit ini ni dikira tak ikut trend la!

Dalam pada itu, seperkara lagi yang turut menjadi perhatian ramai adalah permainan video ‘Space Impact’.

nokia

Sebut sahaja permainan ini, pasti ramai yang merinduinya kan? Meskipun ianya kekurangan daripada segi warna dan juga sokongan grafik yang mantap, namun permainan ini tetap menjadi tumpuan pengguna yang memiliki telefon Nokia 3310.

Terbaru, pengguna Apple Watch dikhabarkan bakal memperoleh peluang untuk bermain permainan itu semula!

 

Dengan harga serendah RM 3.90 sahaja, pengguna Apple Watch sudah boleh menikmati keseluruhan permainan tersebut.

Bagi mereka yang pernah melalui zaman kegemilangan Nokia 3310, ianya pasti satu perkara yang amat mengujakan kerana permainan ini bakal membawa anda kembali ke masa silam.

Siapa sangka di zaman yang penuh canggih ini, kenangan bersama Nokia 3310 dapat dirasai semula kan?

 

[Sumber: wiser]

 

Baca Juga: Apple Bakal Bekalkan Alat Ganti Buat Pengguna iPhone Bermula Tahun Depan

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!