Artifak Purba Berusia 5,000 Tahun Dijumpai Dalam Perut Sang Buaya );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Artifak Purba Berusia 5,000 Tahun Dijumpai Dalam Perut Sang Buaya

Share
artifak

Seorang pemburu buaya di Mississippi, Amerika Syarikat terkejut selepas menemukan artifak berusia 5,000 tahun dalam perut buaya bersaiz ‘raksasa’ yang panjangnya mencecah 3.9 meter.

Menerusi laporan dari Harian Metro, Shane Smith mengatakan menjumpai anak panah yang digunakan oleh suku kaum pribumi Amerika.

BACA: Keranda Purba Mesir Dibuka Pertama Kali Dalam Sejarah Setelah 2,500 Tahun

Artifak tersebut ditemukan selepas membela perut buaya berkenaan. Reptilia itu dibawa rakan pemburunya, John Hamilton untuk dibedah dan diproses selepas ditangkap.

Anak panah ini yang dipercayai oleh ahli geologi berusia kira-kira 5,000 tahun hingga 6,000 tahun.

Pada mulanya, Shane menyangka buaya tersebut memakan anak panah yang terlekat pada haiwan lain yang menjadi makanannya. Namun ahli geologi Mississippi percaya anak panah itu objek tunggal yang terjatuh di tanah sebelum dimakan buaya berkenaan.

Ahli geologi juga berpendapat objek berkenaan berkemungkinan berusia 5,000 hingga 6,000 tahun.

“Kami membelah perut buaya itu untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Buaya yang dibawa oleh John Hamilton hari ini beri kejutan terbesar pada tahun ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pakar sejarah mengatakan anak panah tersebut digunakan masyarakat pribumi untuk menangkap ikan ketika zaman purba.

Selain daripada artifak purba bersejarah itu, terdapat tulang ikan, rambut, dan cecair berbau dalam perut reptilia tersebut.

“Pada mulanya saya tidak mahu memuat naik sebarang psoting di Facebook kerana tiada siapa yang akan percaya. Tetapi, saya menukar fikiran kerana meganggap ia sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama wargamet dan masyarat.

“Saya mungkin menjadi orang pertama di dunia yang menarik anak panah keluar dari perut sang buaya,” kata Shane.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!