Arwah Kapten Mohamad Affendi Banyak Kali Ingatkan Tentang Kematian di Status FB );

Type to search

Adamedia Isu Best

Arwah Kapten Mohamad Affendi Banyak Kali Ingatkan Tentang Kematian di Status FB

Share
kapten

Semalam, banyak media melaporkan seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakal seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika mendarat di Pangkalan Udara Butterworth.

Mangsa yang dikenali sebagai Kapten Mohamad Affendi meninggal dunia manakala seorang lagi, Mejar Mohd Fareez Omar mengalami kecederaan.

BACA JUGA: “Saya dengar dua dentuman sangat kuat” – Pesawat TUDM Terhempas, Seorang Maut

Antara status-status terakhir Allahyarham

Kejadian pesawat terhempas yang berlaku ini rata-rata mendapat perhatian ramai dan warganet mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Menerusi semakan posting Facebook, semasa hayatnya, Kapten Mohamad Affendi Bustamy kerap mengingatkan semua orang tentang kematian.

Seolah-olah memberi ‘gambaran’ bahawa beliau akan pergi buat selama-lamanya. Bukan itu sahaja. status-statys tersebut juga turut mengingatkan orang ramai tentang kematian yang semakin menghampiri.

Umur yang tersisa di saat ini sunguh tidak ternilai harganya. Sebab hari esok belum tentu jadi bahagian kita.

Jangan terpedaya dengan badan yang sihat kerana syarat untuk mati tidaklah harus sakit.

Jangan tertipu dengan usia muda kerana syarat untuk mati tidaklah harus tua.

Difahamkan status-status tersebut telah dimuat naik pada Ogos tahun lepas.

[Sumber: Facebook]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!