‘Astro 25 Concert’ Membariskan Gandingan Artis Tempatan dan Antarabangsa Terhebat, Istimewa Buat Penonton );

Type to search

Adamedia Infotainmen

‘Astro 25 Concert’ Membariskan Gandingan Artis Tempatan dan Antarabangsa Terhebat, Istimewa Buat Penonton

Share

Pelanggan Astro akan dihiburkan dengan konsert virtual, secara langsung yang dibarisi ramai artis hebat tempatan dan antarabangsa termasuklah dari Korea Selatan.

Konsert ini bakal berlangsung pada 25 September ini, jam 8:30 malam di televisyen Astro 25 (Saluran 100) dan platform Astro GO.

‘Astro 25 Concert’ ini merupakan tanda penghargaan di atas sokongan pelanggan yang selama ini setia bersama di sepanjang perjalanan Astro sehingga berjaya menjadi sebagai destinasi hiburan nombor 1 pilihan rakyat Malaysia. 

concert

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, berkata ianya merupakan penghargaan buat para penonton yang sentiasa menyokong Astro selama 25 tahun ini.

“Kami begitu teruja untuk membawakan ‘Astro 25 Concert’, yang akan menyaksikan persembahan terhebat dari artis-artis naungan Astro yang mana mereka akan turut digandingan bersama ramai lagi nama-nama hebat di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa.

“Seiring dengan tema sambutan Astro yang ke-25 tahun iaitu ‘Better Together’, kami percaya bahawa kita semua akan lebih baik jika terus kekal bersama.

“Bakal disiarkan di Saluran 100, semua pelanggan Astro boleh menikmati persembahan terhebat yang kami bawakan secara terus ke rumah anda, ditonton dengan selesa bersama keluarga tersayang.” katanya.

concert

Bakal dihoskan oleh artis popular tanah air, Nabil Ahmad dan personaliti radio, Ean, Arnold dan Aishah Sinclair, konsert berdurasi tiga 3 jam ini akan menampilkan persembahan hebat dari selebriti tanah air dan luar negara.

Antara barisan penghibur tersohor negara termasuklah nama-nama legenda tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Ella, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Datuk M. Nasir, Datuk Syafinaz, Erra Fazira dan Anuar Zain ke Ernie Zakri, Datuk Hattan, Misha Omar, Mugen Rao, Syamel, Zee Avi, Shio Yee, Liza Hanim, Hael Husaini, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Zynakal.

concert

Turut mengundang artis luar negara, Bintang ‘Running Man’, Kim Jong Kook, Kumpulan sensasi lelaki Cantopop Hong Kong, Mirror, Ruco Chan, Pemenang anugerah Grammy Jason Mraz, Pink Sweat$, penyanyi serta penulis lagu, Bazzi dan ramai lagi artis terkenal luar negara.

‘Astro 25 Concert’ akan bersiaran pada hari Sabtu, 25 September, pada jam 8:30 malam di Astro 25 (Saluran 100) dan boleh juga distrim menerusi Astro GO.

concert

Siaran ulangan atau encore viewing juga boleh ditonton menerusi platform On Demand, selepas berakhirnya konsert berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Astro 25 Concert’, teruskan bersama kami di Facebook @Astro, Twitter @astroonline and Instagram @astromalaysia. 

 

Baca: Wah Bestnya! Korang Berpeluang Jadi Sukarelawan Olimpik Paris 2024

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!