Astro 25 Sajikan Lebih 150 Hiburan Menarik Sempena Ulang Tahun );

Type to search

Adamedia Isu Best

Astro 25 Sajikan Lebih 150 Hiburan Menarik Sempena Ulang Tahun

Share
astro 25

Baru-baru in Astro dengan tema #KitaTeguhBersama telah lancarkan ‘Astro 25’ di saluran 100, bagi menyajikan penonton lebih 150 hiburan istimewa lokal mahupun serantau di Astro TV, On Demand, dan Astro Go.

Selaras dengan kemerdekaan pada bulan ini, Astro juga menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersatu dan sentiasa kuat ketika di saat yang sukar ini.

BACA: “Tak perlu abang installment dah…” Astro Ultra Plug & Play Box Boleh Sambung Dengan Wifi Rumah

Bermula 16 Ogos hingga 3 Oktober ini, semua pelanggan Astro boleh menonton Astro 25 di saluran 100 dan nikmati judul-judul terkini seperti, Tanah Tumpahnya Darah Kita, sebuah dokumentari yang dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang setia berkorban dalam melaksanakan tugasnya sebagai tentera dan menceritakan segalanya menerusi surat kepada isteri dan keluarganya.

Dokumentari ini turut berkongsi kisah-kisah tentera lain yang berani mempertahankan negara tanpa mengira bangsa, agama, bahasa dan adat masing-masing.

Selain itu, We Are No Different yang juga sebuah dokumentari, mengangkat kisah penerimaan di antara kaum dalam kalangan keluarga dalam negara.

Manakala, Journey to Stardom pula mengisahkan barisan selebriti kesayangan ramai dalam merealisasikan impian masing-masing.

Tambahan pula, filem sulung pengarah Chiu Keng Guan di China, On Your Mark, akan disiarkan di saluran 480, Astro First pada 26 Ogos ini.

Filem itu mengisahkan seorang bapa membantu anaknya Orang Kurang Upaya, terlibat dalam acara maraton. Filem tersebut berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM100 juta di China.

Bukan hanya itu, Astra Radio juga akan membawa sajian istimewa termasuk 25 pilihan terhebat, 25 lagu-lagu tempatan popular dan banyak lagi menerusi aplikasi SYOK dan merentasi kesemua stesen radio naungannya.

RAAGA juga akan membawakan konsert maya berdurasi 90 minit di laman Facebooknya bersempena Hari Kemerdekaan, pada 31 Ogos akan datang, yang mana akan dihadiri oleh ramai selebriti tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan mengatakan tanggal 30 merupakan hari yang istimewa kerana mencerminkan segala nilai baik di kalangan rakyat Malaysia. Disebabkan itulah tema itu diangkat kerana membawa maksud ‘kita kuat ketika bersama’.

“Selain itu, ia juga boleh dijadikan asas utama untuk kita semua kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang saat-saat genting ini.

“Kami juga telah melaksanakan beberapa inisiatif selaras dengan #KitaTeguhBersama. Ia termasuk membantu dan galakkan rakyat Malaysia derma darah di PDN, sokong kempen imunisasi kebangsaan dengan jadi sukarelawan DI PPV, bantu golongan yang memerlukan menerusi program komunitit KamiCare serta banyak lagi.

“Tahun ini, Astro berusia 25 tahun dan kami akan terus komited dalam usaha menyajikan rakyat Malaysia dengan seleksi kandungan yang penuh variasi, menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman terhebat seperti Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO Go, iQIYI dan akan datang, Netflix,”katanya dalam sidang media secara maya, baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai  Astro 25 serta informasi berkaitan dengan kempen #KitaTeguhBersama, sila layari www.astro.com.my/bettertogether.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!