Astro: Nikmati Tawaran Pek NJOI Serendah RM15 Sahaja! );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Astro: Nikmati Tawaran Pek NJOI Serendah RM15 Sahaja!

Share
astro

Peluang untuk menonton program-program Astro berdefinisi tinggi (HD) dengan melanggan pek NJOI HD terbaharu!

Semua pelanggan boleh menikmati sehingga 10 saluran dalam versi HD menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu ini pada harga hanya RM15 untuk 30 hari tayangan. 

Antara saluran yang ditawarkan adalah Astro Prima, Astro Oasis, Astro Vaanavil, Astro Siao Tai Yang, Astro AFC, CCTV4, Astro Awani, Hello, eGG dan Astro Arena.

Ramadan Raya

Untuk Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri yang akan datang ini, pelanggan NJOI boleh menikmati dan berhibur dengan seleksi program popular seperti ‘Jejak Ebit Liew’, ‘Hati Yang Dikhianati’ (Astro Prima) dan ‘Geng Ngaji’, ‘SOP Jiwa’ di saluran Astro Oasis.

Bagi setiap pelanggan yang membeli Pek NJOI HD dan mana-mana saluran lain secara prabayar, mereka kini boleh menikmati program-program menarik berikut dalam versi berdefinisi tinggi (HD) seperti siri Astro Originals, ‘Kampung Pisang Raya’ dan ‘Projek: Anchor SPM’.

astro

‘Sport Pass’ untuk perlawanan UEFA EURO 2020

Khas buat peminat bola, anda kini boleh membeli ‘Sports Pass’ untuk menonton kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 di saluran terpilih di NJOI dalam versi berdefinisi tinggi (HD) dengan harga RM70 melalui pembelian awal atau ‘early bird’, mulai 5 Mei – 31 Mei tahun ini!

Menarik lagi, pelanggan juga boleh membeli gabungan Pek NJOI HD dan ‘Sports Pass’ secara ‘bundle’ hanya pada harga RM75 sahaja!

Rebat dan diskaun

Bagi meraikan pelancaran Pek NJOI HD ini, NJOI akan menganjurkan 2 promosi utama untuk menggalakkan pelanggan menaiktaraf dan menikmati perkhidmatan NJOI HD mereka. 

  • Promosi My NJOI Jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOI HD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April 2021 – 31 Julai 2021, dan rebat bernilai RM10.
  • Pek Prabayar dengan tawaran NJOI HD – Bagi mana-mana pelanggan yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, anda akan menerima diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.
astro

Pelanggan NJOI digalakkan untuk memuat-turun aplikasi My NJOI di kedua-dua peranti iOS dan Andriod untuk membuat urusan tambah nilai kredit NJOI dan menyemak baki kredit masing-masing.

Manakala pelanggan baru boleh membeli kotak NJOI pada harga RM379 dan untuk menikmati pengalaman tontonan lebih hebat, mereka boleh terus membeli Pek NJOI HD pada harga RM15 sebelum membuat sebarang pembelian prabayar mana-mana saluran atau pek.

Anda boleh melayari laman rasmi NJOI untuk maklumat lebih lanjut.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!