"Tak perlu abang Installment dah..", Astro Ultra Plug & Play Box Boleh Sambung Dengan Wifi Rumah );

Type to search

Adamedia Isu Best Tech

“Tak perlu abang Installment dah..”, Astro Ultra Plug & Play Box Boleh Sambung Dengan Wifi Rumah

Share
Astro Ultra Plug & Play Box

Astro memperkenalkan Astro Ultra Plug & Play Box tanpa memerlukan piring satelit lagi. Seiring dengan peredaran zaman, tiada lagi tenaga staff untuk datang ke rumah bagi membuat pemasangan.

Menurut Astro, bagi pelanggan yang sedia ada, Box ini akan dihantar terus dan akan diberikan akses Astro GO.

Dari segi keperluan sambungan rangkaian, Astro telah menyatakan kelajuan 30Mbps adalah paling minima yang diperlukan oleh Ultra Plug & Play Box.

Sebagai perbandingan, Astro Ultra Box sedia ada yang masih memerlukan satelit untuk suapan kandungan memerlukan kelajuan internet sekurang-kurangnya 10Mbps.

Harga yang ditawarkan bagi penggunaan Astro Ultra Plug & Play Box ini adalah RM49 sebulan beserta pakej Starter Pack dengan kontrak selama 24 bulan.

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web Astro disini.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!