[VIDEO] 'Rare' Betul, Atlet Lelaki Ini Mencuri Perhatian Tengah Mengait Sambil Tengok Perlawanan );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] ‘Rare’ Betul, Atlet Lelaki Ini Mencuri Perhatian Tengah Mengait Sambil Tengok Perlawanan

Share
atlet

Petang semalam, atlet negara, Nur Dhabitah Sabri menduduki tempat ke-4 peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita dan hampir membuatkan Malaysia sikit sahaja lagi mendapat kutipan pingat bagi Olimpik 2020 ini.

Namun sepanjang acara peringkat akhir itu berlangsung, gelagat ‘rare’ seorang atlet lelaki sedang mengait sambil menonton perlawanan tersebut menjadi tular.

Artikel berkaitan: Rakyat Jepun Gesa Batal Sukan Olimpik Tokyo 2022 

Mana tidaknya, walaupun matanya fokus pada perlawanan, tangan pula sibuk mengait sesuatu yang membuatkan ia mendapat perhatian dari orang lain.

tom daley
Tangkapan skrin atlet Great Britain, Tom Daley yang fokus mengait sambil menonton perlawanan.
@astroarena

Tom Daley, buat apa tu? hahahaah sempat lg dia knitting smbl tgk match. Champion and a multitasker 🏆🥇

♬ nhạc nền - Nhạc Này Chill Phết

Rupa-rupanya, atlet tersebut adalah salah seorang penerjun Great Britain iaitu Tom Daley, juara pingat emas bagi acara terjun 10 meter seirama lelaki.

Daley menyatakan bahawa kain yang dikait adalah untuk menyimpan pingatnya daripada tercalar.

@cbsnews

Olympic champion Tom Daley has knit an adorable pouch to keep his gold medal safe 🧶🥇 ##news ##tokyoolympics ##olympics ##knitting ##tomdaley ##knit

♬ original sound - cbsnews

Di ruangan komen, ramai warganet terhibur kerana rata-rata jarang melihat lelaki yang mengait kerana hobi tersebut selalunya didominasi oleh wanita.

Selain ramai yang memuji hobi Daley, warganet juga bercanda yang dia mungkin mengait untuk rakan sepasukannya juga.

Antara komen-komen warganet

1
2
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!