Awas! Teknik 'Scam' Dalam Produk Seharian Yang Anda Sering Tertipu Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Lifestyle Pilihan Adamedia

Awas! Teknik ‘Scam’ Dalam Produk Seharian Yang Anda Sering Tertipu

Share

Sebagai seorang pengguna, anda pasti mahukan yang terbaik daripada produk yang anda beli, bukan? Seringkali kita dengar nasihat mengenai kepentingan membaca label dan memeriksa kandungan sesuatu produk untuk memastikan bahawa produk berkenaan adalah yang terbaik.

Tetapi, anda mungkin tertipu dengan teknik-teknik licik yang dilakukan oleh pengeluar untuk mengaburi mata anda. Berikut adalah contoh teknik-teknik ‘scam‘ popular yang anda mungkin pernah terkena:

1. Hand Sanitizer membunuh 99.99% kuman

Betulkah dakwaan pengeluar-pengeluar hand sanitizer bahawa produk mereka membunuh 99.99% kuman? Ya benar, tetapi ujian bagi hand sanitizer dilakukan di dalam makmal, di mana udara dan keadaan di dalamnya sudah sememangnya jauh lebih bersih daripada dunia luar. Selain itu, 00.01% bakteria yang terselamat juga tidak diketahui sama ada dari golongan bakteria yang paling teruk atau tidak.

2. Penipuan ‘Tidak Mengandungi Gula’

Kebanyakan produk cuba menyembunyikan gula tambahan di dalam produk mereka dengan tidak menulis perkataan ‘gula’ itu sendiri, tetapi menggunakan ‘nama samaran’ lain seperti ‘fruit juice concentrate’, ‘evaporated corn sweetener‘, ‘malt syrup‘, ‘lactose‘, ‘sucrose‘, ‘nectar‘ dan banyak lagi. Jadi, jangan tertipu dengan label produk dan pastikan anda peka dengan ‘nama samaran’ yang digunapakai.

3. Tempoh Ketahan Bateri

Jangan tertipu dengan janji-janji syarikat teknologi yang menjanjikan tempoh penggunaan bateri yang panjang kerana dakwaan yang dibuat adalah berdasarkan keadaan-keadaan tertentu. Ya, mungkin anda boleh mendapatkan tempoh penggunaan bateri telefon selama dua hari seperti yang dijanjikan, tetapi ianya hanya boleh dicapai jika anda tidak berhubung dengan WiFi, menggunakan cahaya skrin yang paling malap, tidak memainkan muzik atau video, tidak menggunakan media sosial dan lain-lain lagi.

4. Penggunaan Minyak Kenderaan Yang Efisien

Kebanyakan syarikat automotif sedar bahawa kenderaan mereka tidak perlu menunjukkan penggunaan minyak yang efisien kepada pengguna, tetapi hanya ketika ujian dijalankan ke atas kenderaan. Selain itu, badan berkuasa seperti Environmental Protection Agency, hanya melakukan pemeriksaan ke atas 15% model kereta baru, dan selebihnya mereka hanya percaya apa yang pengeluar dakwa.

5. Penipuan ‘No Animals Were Harmed

Tahukah anda, dalam pembikinan filem-filem, banyak kes di mana haiwan yang terlibat tercedera atau mengalami trauma ketika pengembaraan. Contohnya di dalam filem box office seperti Life of Pi dan The Hobbit.

6. Rambut Palsu Dalam Iklan Syampu

Jika anda fikir model-model di dalam iklan syampu sama ada di televisyen atau media cetak memiliki rambut yang cantik dan sihat seperti apa yang digambarkan, ternyata anda salah. Kebanyakan model syampu mengenakan rambut palsu untuk penggambaran iklan.

Sebagai pengguna, anda pastinya mahu yang terbaik apabila memilih sesuatu barang atau produk, terutamanya yang melibatkan pemakanan atau kesihatan anda. Jadi, peka terhadap teknik-teknik pemasaran yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar supaya anda tidak tertipu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!