8 Jenama Backpack Yang Jadi Idaman Kaki Travel Dan Hiking - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Lifestyle

8 Jenama Backpack Yang Jadi Idaman Kaki Travel Dan Hiking

Share

Kaki travel tegar dan para hikers di luar sana pastinya mencari backpack yang berkualiti untuk menemani anda anda sepanjang pengembaraan.

Sudah tentu, pasti ada jenama backpack pilihan yang menjadi idaman mewujudkan perasaan confident dan bangga bila memakainya.

Deuter

Syarikat ini ditubuhkan oleh Hans Deuter di Augsburg-Oberhausen, Jerman. Pada awalnya, syarikat backpack terkenalini membekalkan Bavaria Royal Mail dengan beg mel dan karung pos sahaja.

Perkembangan syarikat ini bermula apabila mereka membekalkan beg galas, beg meletak khemah dan beg meletak ubat-ubatan ketika zaman perang. Beg meletak khemah mendapat permintaan tinggi pada zaman itu.

Tahun 1919, secara rasmi Hans Dueter mengeluarkan produk beg pakaian, beg galas (backpack) dan kanopi. Pameran pertama bagi produk keluaran Deuter adalah di Oktoberfest. Sejak 1971 hingga kini syarikat ini sudah mempunyai ramai penggemar di seluruh dunia.

The North Face

Sejak 1966 jenama The North Face pada awalnya telah menghasilkan produk berasaskan pendakian.

Produk yang berpusat di San Francisco, California, United States ini telah mengembangkan produk mereka yang pada awalnya khusus untuk pendakian kepada produk-produk outdoor yang lain seperti pakaian sukan, aktiviti ski, backpacking dan banyak lagi.

Sejak 40 tahun lepas sehingga sekarang, The North Face sentiasa membantu memudahkan kerja para traveler tanpa ada had untuk mencuba mengeluarkan produk baru.

Karrimor

Jenama ini telah bermula sejak tahun 1946 yang diasaskan oleh Charles Parsons, Parsons Mary dan Grace Davies. Jenama British ini pada awalnya dihasilkan dengan menggunakan jahitan tangan sahaja, yang antara produk terawalnya adalah cotton-duck cycle pannier bags.

Kemudian pada tahun 1970-an di mana era beg sandang sudah mendapat permintaan yang tinggi, Karrimor telah berjaya menjadi jenama beg sandang yang terkenal pada masa itu. Seterusnya pada tahun 1980-an jenama ini telah menghasilkan produk Karrimor sports boots (KSB) yang menggunakan jenis kain ringan yang pertama berbanding jenama lain.
Sehingga kini, jenama ini masih berusaha untuk mencapai standard yang lebih tinggi dalam mencipta reka bentuk yang inovatif sesuai dengan peredaran waktu. Jadi, tak hairanlah harga jenama ini lebih mahal dari jenama-jenama lain.

Berghaus

Jenama yang berpusat di Newcastle-upon-Tyne, UK ini telah diilhamkan oleh dua orang pendaki yang bernama Peter Lockey dan Gordon Davison yang berasal dari England.

Mereka mendapat idea untuk menghasilkan barangan outdoor selepas mereka membuat pendakian, ketika itu mereka mendapati gear untuk pendakian dan aktiviti outdoor sangat mengecewakan, sehingga ahirnya mereka memutuskan untuk mengimport dan menjual produk dari jenama mereka sendiri.

Pada tahun 1966 hingga 1970 Peter dan Gordon berusaha menghasilkan produk yang berkualiti dengan mereka bentuk dan membuat ujian terhadap produk mereka. Hasilnya, sehingga kini produk ini dikenali oleh semua orang lebih-lebih lagi dari kalangan pendaki gunung. Jangan tak tahu, Berghaus adalah perkataan bahasa Jerman yang jika diterjemahkan bermaksud ‘rumah gunung’. Tapi produk dari jenama ini juga sesuai digunakan oleh kaki-kaki travel, tidaklah khusus untuk pendaki semata.

Gregory

Gregory merupakan jenama barangan outdoor yang di asaskan oleh Wayne Gregory pada tahun 1977. Wayne Gregory telah membuat keputusan untuk mencipta produk outdoor seperti peralatan hiking, backpack, kasut dan banyak lagi.

Pada ketika ini, pusat operasi bagi jenama ini adalah di global Gregory terletak di Black Diamond,Inc di Salt Lake City,Utah. Manakala cawangan penjualan dan pemasaran pula terletak di Asia, iaitu di Yokohama, Jepun. Manakala penjualan dan pemasaran yangberoperasi di Eropa terletak di Black Diamond Eropah, Basel,Switzerland.

Mammut

Seperti yang semua tahu, Mammut terkenal dengan jenama pakaiannya. Walaubagaimanapun, jangan tak tahu jenama yang telah beroperasi sejak tahun 1862 dan diasaskan oleh Kaspar Tanner yang kini telah diambil alih oleh Conzzeta AG bukan sahaja menghasilkan pakaian, tetapi turut menghasilkan barangan sukan outdoor, pendakian, ski wax, sleeping bag dan backpack.

Sehingga kini, jenama Mammut telah meluaskan kawasan taklukannya diberbagai negara, antaranya di Jerman,Norwegia, Jepun,Korea,China dan Amerika Syarikat.

Lafuma

Pada tahun 1930 jenama Lafuma telah diasaskan oleh tiga bersaudara iaitu Victor, Alfred dan Gabriel. Idea untuk mengilhamkan jenama ini adalah berdasarkankemudahan untuk membantu perjalanan di kawasan luar bandar dan bandar yang sesuai dengan produk yang dihasilkan iaitu backpack.

Jenama yang berasal dari Perancis ini telah mengkhususkan barangan yang dikeluarkan oleh Lafuma. Antaranya adalah backpack, sleeping bag, kasut dan beberapa barangan outdoor lain. Lafuma merupakan satu jenama yang sangat sesuai bagi pengemar backpacking dan pengembara.

Black Diamond

Sejak tahun 1957, reka bentuk gear yang inovatif dari Black Diamond telah menepati standard penggunaannya dalam pelbagai bidang. Bagi penggemar aktiviti pendakian dan ski, Balck Diamond merupakan jenama yang pasti akan memberikan kepuasan dalam melakukan aktiviti anda, kerana kualiti produk ini adalah misi syarikat ini dalam memastikan barangan dari jenama ini sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Pada awalnya jenama ini menjalankan operasi secara kecil-kecilan sehingga kini, jenama ini telah menjadi salah satu jenama outdoor terbesar di tiga buah negara iaitu Amerika, Eropa,dan China.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!