Bagaimanakah Tradisi 'Kanak-kanak Pengiring' Dalam Bola Sepak Bermula? Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen Pilihan Editor

Bagaimanakah Tradisi ‘Kanak-kanak Pengiring’ Dalam Bola Sepak Bermula?

Share

Jika anda peminat setia bola sepak dan sentiasa menonton perlawanan pasukan kegemaran anda, pasti anda perasan dengan kehadiran kanak-kanak sebelum sepak mula yang mengiringi pemain memasuki padang, bukan?

Tradisi ini telah sekian lama diamalkan dalam sukan bola sepak dan jika anda tertanya apa motifnya, artikel ini akan menjawab persoalan anda.

Kanak-kanak yang menjadi pengiring dikenali sebagai “player escorts” atau “mascot children” dalam dunia bola sepak, dan mereka sudah menjadi sebahagian daripada sukan ini sejak lebih 20 tahun.

Antara gambar terawal kanak-kanak pengiring yang diambil adalah ketika perlawanan derby Liverpool menentang Everton pada tahun 1996.

Rooney ketika menjadi maskot untuk pemain Everton

Pada awalnya, hanya seorang atau dua orang pengiring atau maskot dibawa oleh setiap pasukan. Bermula sekitar tahun 2000, tradisi berkenaan diteruskan dengan setiap pengiring atau maskot bagi setiap pemain.

Tradisi ini pada mulanya diterapkan sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran untuk sebab-sebab kebajikan. Ketika kejohanan Piala Dunia FIFA 2002, FIFA dan UNICEF berganding bahu dalam satu program kebajikan kanak-kanak yang dikenali sebagai Say Yes For Children yang bertujuan “untuk mempromosikan dan melindungi hak semua kanak-kanak untuk aktiviti rekreasi yang sihat dan pendidikan yang berkualiti”.

Menurut UNICEF: “Kanak-kanak diberi peranan utama dalam setiap perlawanan, mengiringi setiap pemain ke dalam padang sebagai simbolik untuk mengingatkan peminat bola sepak bahawa mereka mempunyai peranan utama dalam membina dunia yang sihat buat kanak-kanak.”

Di Liga Perdana Inggeris, West Ham United adalah kelab yang mengenakan bayaran tertinggi sebanyak 600 Pound Streling

Sejak tahun 2002, McDonald’s telah menjadi penaja rasmi bagi maskot di kejohanan Piala Dunia dan Euro, dengan menawarkan ibu bapa serta kanak-kanak peluang untuk menjadi maskot kepada pemain.

Walaubagaimanapun, sesetengah kelab ada mengambil peluang untuk ‘membuat duit’ dengan mengenakan bayaran untuk menjadi maskot. Laporan daripada The Guardian mendedahkan, terdapat sebahagian besar pasukan Liga Perdana Inggeris mengenakan bayaran sekitar 150 sehingga 600 Pound Sterling untuk menjadi maskot dan berdiri bersama pemain pujaan mereka.

Pakej yang ditawarkan selalunya termasuk ‘bonus’, iaitu diberi jersi atau pakaian pemain, autograf dan lain-lain lagi – walaupun kelab yang mengenakan bayaran sentiasa dikritik kerana dianggap meminggirkan mereka yang kurang berkemampuan untuk mengiringi pemain kegemaran mereka.

[Sumber: Popsugar]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!