Bagi Rakyat Malaysia Celik Kewangan dalam Digital - Zeti Aziz );

Type to search

Adamedia Isu Best

Bagi Rakyat Malaysia Celik Kewangan dalam Digital – Zeti Aziz

Share

Menerusi Minggu Saham Digital (MSD) untuk mendidik dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang kepentingan menyimpan dan melabur dalam format hibur didik, ia juga mempamerkan portfolio syarikat-syarikat pelaburan PNB dan operasi perniagaan mereka.

Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata seiring berkembangnya “masyarakat digital” dan kemajuan teknologi kewangan (fintech), adalah sangat penting untuk meningkatkan literasi kewangan digital dalam kalangan masyarakat.

“Untuk menjadi pemangkin kepada usaha ini, pada tahun ini kami telah merombak Minggu Saham Amanah Malaysia ke format digital yang mudah dilayari dan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.

“Minggu Saham Digital (MSD) dengan tema #LaburBersama adalah untuk mendidik masyarakat menjadi lebih bijak dalam menguruskan kewangan.

“Walaupun MSD berlangsung di platform digital, program yang diaturkan adalah menyeluruh bagi membolehkan kami mendekati dan berinteraksi dengan segenap lapisan rakyat pada semua peringkat umur secara serentak di seluruh negara, berbanding dengan penganjuran MSAM secara fizikal yang hanya dikunjungi oleh masyarakat di negeri ia dianjurkan.

“MSD diatur padat dengan aktiviti interaktif serta hibur didik untuk membimbing dan meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan simpanan dan pelaburan. Segalanya boleh diikuti dari mana jua, termasuk di rumah bersama keluarga atau rakan-rakan,” jelas Tan Sri Dr. Zeti.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang juga merupakan Pengerusi YPB, mengucapkan tahniah kepada PNB atas inisiatif membawa acara literasi kewangan tahunannya dengan format digital baharu melalui perutusan video.

Mengulangi ucapan tahniah Perdana Menteri kepada PNB atas kejayaan membawa MSAM ke platform digital, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul berkata inisiatif itu selaras dengan usaha Kerajaan mengalakkan ekonomi digital untuk mempercepatkan pelan pemulihan ekonomi negara kesan daripada pandemik COVID-19.

“Berdasarkan ketidakpastian akibat COVID-19, pengurusan dan perancangan kewangan untuk individu dan keluarga kini menjadi lebih penting dari sebelumnya. Adalah tidak terlambat untuk bijak menyimpan dan melabur demi kelangsungan kewangan masa depan.

“Penganjuran MSD ini tepat pada masanya untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kesedaran kewangan, dan pendekatan digital ini menjadikannya lebih mudah untuk memanfaatkan sepenuhnya apa yang ditawarkan oleh PNB,” tambah YB Tengku Dato’ Sri Zafrul.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!