Top 5 Perkataan Bahasa Melayu Zaman Dulu yang Telah Dimodenkan );

Type to search

Adamedia Infotainmen Pilihan Adamedia

Top 5 Perkataan Bahasa Melayu Zaman Dulu yang Telah Dimodenkan

Share
bahasa

Seperti yang kita semua tahu, bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan untuk Malaysia. Tujuan utamanya adalah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Perkara ini sudah termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang kita gunakan selepas merdeka hingga sekarang.

Fun fact untuk korang juga, bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbanyak digunakan di seluruh dunia iaitu sebanyak 300 juta penutur setakat tahun 2014. Wauzes!

BACA JUGA: Pentingnya Pemahaman Bahasa Melayu Berkias Dalam Masyarakat Malaysia

Mana taknya, bahasa Melayu ialah bahasa pertuturan harian sebahagian besar penduduk kat Nusantara ini yang terdiri daripada Malaysia, Singapura, Indonesia, dan juga Brunei Darussalam.

Tapi beza bahasa Melayu yang digunakan itu bergantung kepada tempat tertentu.

Kalau kita tengok cerita zaman P. Ramlee dulu, bahasa Melayu mereka adalah lebih baku daripada sekarang.

Disebabkan evolusi bahasa dan zaman, beberapa perkataan ditukarkan mengikut perkembangan bahasa semasa.

1. Kutub Khanah kepada Perpustakaan

Pada zaman dulu, perpustakaan dipanggil sebagai ‘kutub khanah’ yang pada asalnya adalah daripada  Urdu yang bermaksud sebuah ruang yang mengandungi buku-buku dan bahan-bahan lain untuk bacaan, kajian ataupun pinjaman.

Khutub Khanah atau perpustakaan pertama yang pernah wujud di Malaysia ialah pada tahun 1959, iaitu Perpustakaan Negara.

Perpustakaan ini diwujudkan bila adanya kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya mereka dari persatuan-persatuan dan pertubuhan professional.

2.Ilmu Hisab kepada Matematik

Ilmu hisab dan ilmu kira-kira bermaksud ilmu atau mata pelajaran matematik, arithmetic, perakaunan, dan mana-mana mata pelajaran yang ada kira-mengira ini.

Selain tu juga, kali bermaksud darab, dan campur bermakna tambah. Rasa-rasanya kalau kita tanya budak-budak zaman sekarang, mesti diorang tercengang.

3. Ahli Nujum kepada Tukang Tilik

Ilmu nujum merupakan ilmu untuk meramal sesuatu. Ramalan itu berdasarkan peredaran planet, khususnya bintang-bintang sehingga astrologi.

Namun, jika dilihat dari sudut agama Islam, menilik nasib adalah perkara yang kita harus tegah. Dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa mempelajari salah satu cabang ilmu nujum maka ia telah mempelajari salah satu cabang ilmu sihir. Semakin bertambah ilmu nujum yang dipelajarinya, semakin bertambah pula ilmu sihir yang dimilikinya”

4. Belanjawan kepada Bajet

Pembentangan Bajet adalah satu rancangan yang kita selalu akan tunggu untuk tengok peruntukan kerajaan untuk tahun seterusnya.

Tapi korang sedar tak yang sebelum ni ‘Pembentangan Bajet’ dipanggil sebagai ‘Pembentangan Belanjawan’.

Pada tahun 2016, kerajaan dah tukar perkataan ‘belanjawan’ tu kepada ‘bajet’. Nak moden lah kot?

Sebelum ni, pembentangan belanjawan digunakan sejak tahun 1957 sehingga tahun 2015. Perkara ni sebenarnya dah menimbulkan perasaan kurang senang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kata, ianya boleh melenyapkan perbendaharaan Melayu dan juga jati diri bangsa.

Selain daripada tu juga, bajet juga digunakan oleh remaja zaman sekarang sebagai bahasa pasar yang bermaksud ‘berlagak’.

Contoh ayat: “Dia tu bukannya kaya sangat pun, bajet je lebih”

5. Hari Puja Umur kepada Pesta Hari Jadi

Salah satu adegan dalam filem Tiga Abdul, korang akan nampak banner ni sebelum satu pesta bermula yang dinamakan ‘Hari Puja Umur’. Apa benda pula ‘Hari Puja Umur’ ni? Bila kami periksa dengan DBP lagi, ianya bermaksud pesta untuk memperingati hari jadi.

Ye, dulunya, majlis hari jadi dipanggil ‘Majlis Puja Umur’, bukan hari lahir mahupun hari jadi. Walaupun begitu, ianya masih digunakan dalam kalangan pihak istana di Brunei.

Selain tu juga, lagu “Selamat Hari Jadi’ dulunya dinyanyikan sebagai lagu ‘Allah Selamatkan Kamu”, macam filem Tiga Abdul ini.

Bahasa berevolusi mengikut keadaan

Setiap bahasa yang muncul di dunia adalah adaptasi evolusi, iaitu apabila penduduk mengalami perubahan dalam proses, dari masa ke masa, untuk lebih hidup. Ada sebabnya bahasa berevolusi, iaitu untuk memudahkan pemahaman orang ramai terhadap apa yang cuba disampaikan.

Sebagai contoh pada 20 tahun yang lalu, perkataan ‘mat rempit’ tak pernah wujud dan tak relevan untuk digunakan. Bagaimanapun, kita di Malaysia sekarang tahu yang mat rempit bermaksud penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram menggunakan motorsikal.

Macam tu juga dengan perkataan Inggeris seperti ‘selfie’ dan ‘hashtag’ yang mula wujud beberapa tahun baru-baru ni, iaitu selepas wujudnya media sosial dan telefon pintar, di mana evolusi bahasa berjalan seiring dengan kemajuan teknologi.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!