Bahaya "Candy Detergent" , 3 Kanak-Kanak Dilapor Termakan Dalam Masa 24 Jam Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Bahaya “Candy Detergent” , 3 Kanak-Kanak Dilapor Termakan Dalam Masa 24 Jam

Share

Tidak dinafikan pada zaman yang makin moden ini, kalau boleh semua kerja hendak dilakukan dengan cara mudah.

Pada yang sukakan “ online shopping” , anda mesti tahu satu produk yang agak popular dikalangan suri rumah kerana kemudahanya dan kecomelanya.

Ianya Candy Detergant. Cuma letak sebijik sahaja dalam mesin basuh dan jalan mesin basuh seperti biasa. Tak perlu lagi susah-susah nak tuang sabun basuh baju.

Ia memang kelihatan agak mudah, pratikal dan comel kerana ia didatangkan dengan pelbagai warna serta pembungkusan yang kecil.

Kerana pembungkusan ia yang kecil dan berwarna-warni menyebabkan kanak-kanak lebih tertarik denganya. Kes keracunan pada kanak-kanak juga akan berlaku dan pelbagai kempen telah dilakukan bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa

Sebenarnya boleh kalau nak gunakan produk yang mudah seperti ini, tetapi simpan di tempat yang betul dan susah untuk di capai oleh kanak-kanak.

Pusat Racun Negara telah memuat naik satu posting bahawa mereka telah menerima laporan 3 kes kanak-kanak termakan candy detergant dalam masa 24 jam dan berikut adalah pesanan mereka kepada ibu-ibu .

Pusat Racun Negara

Eh, sabun ke gula- gula ni?
Nampak sedap je…
Keliru kan?
Tahukah anda, PRN telah menerima 3 kes kanak- kanak termakan “candy detergent” ini dalam tempoh kurang 24 jam?
Produk ini didapati banyak dijual secara atas talian. Tanpa label, warna yang menarik dan dipaketkan dalam bekas seperti bekas makanan, produk ini memang sukar dibezakan antara sabun atau gula-gula.
Produk yang dijual sebagai sabun pencuci baju ini dipromosikan mempunyai kepekatan yang tinggi. Hanya 1 unit untuk 1 cucian.
Selain mengandungi bahan pencuci, produk ini juga dikatakan mengandungi pelembut pakaian dan disinfektan. Hal ini akan menyebabkan kesan keracunan yang teruk jika termakan dalam kuantiti yang signifikan.
Produk ini telah berada dalam pasaran di negara lain lebih lama dan mereka juga mencatatkan kes keracunan seperti di Ireland, UK dan Kanada. Di Ireland, kes keracunan disebabkan oleh “candy detergent” ini telah dilaporkan sejak tahun 2014 lagi. Terdapat kes-kes melibatkan kanak – kanak yang termakannya, mengalami muntah, bengkak di tekak akibat kesan iritasi dan kesukaran bernafas. Ada juga kes yang terkena pada mata.
Adakah anda ingin mengambil risiko keracunan dengan menggunakan produk seumpama ini?
Jika masih ingin menggunakan produk ini pastikan:
1. Dikendalikan oleh orang dewasa sahaja
2. Simpan di tempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak – kanak
3. Simpan dalam bekas yang berwarna legap, bukan bekas lutsinar serta bukan bekas menyimpan makanan
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!