Bapa Adik Summayyah Meninggal “Semoga Ayah Tenang Di Sana” - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Infotainmen

Bapa Adik Summayyah Meninggal “Semoga Ayah Tenang Di Sana”

Share

Masihkan anda ingat adik bernama Adyna Summayyah atau lebih dikenali dengan panggilan Mayah. Video adik ini akan membuat kita tersenyum dek kerana telatah lucunya sebaik sahaja pulang ke dari sekolah. Adik ini sangat terkenal dengan tagline “Makanan pun beli sendigni na” dengan meme muka yang sangat comel boleh mencairkan hati semua orang.

Tetapi pada jumaat lepas, adik Mayah telah berkongsi khabar duka selepas bapanya dikabarkan telah menghembuskan nafas terakhir. Berita sedih ini telah dikongsikan sendiri oleh pengendali akaun Instagram Summayyah pada hari Sabtu

“Semoga ayah tenang disana. Al-Fatihah untuk ayah 9.7.2020 (petang jumaat).” “ Mayah kuat ya. Nama Mayah ayah yang bagi, harapan ayah satu hari nanti Mayah sehebat Saidatina Sumayyah. Al Fatihah untuk ayah”. Tulisnya.

Posting ini rata-rata menerima perhatian orang ramai dan mereka turut bersedih akan kehilangan ayah adik Mayah

Ramai netizen menzahirkan ucapan takziah kepada adik Mayah dan keluarganya serta mendoakan supaya adik Mayah mendapat kekuatan

Sumber : Instagram Mayah_Ciwi

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!