Bekalan Tidak Mencukupi, Hanya 1 Beg Darah Sahaja Diperolehi

Type to search

Adamedia Isu Best

Bekalan Tidak Mencukupi, Hanya 1 Beg Darah Sahaja Berjaya Diperolehi Di Lokasi Ini

Share
bekalan

“Sedih. Itulah perasaan yang dapat kami gambarkan ketika ini. Setakat pukul 1.00pm, hanya satu beg darah berjaya diperolehi di lokasi ini. Bantulah kami.” – PDN

Pusat Darah Negara merayu penderma untuk tampil ke hadapan kerana bekalannya hampir habis tetapi ramai menghindari tempat awam untuk mengelakkan dari kenaikan kes Covid-19.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook, ia mengatakan stok masih rendah walaupun sudah seminggu menunggu.

Bagi orang ramai yang mempunyai darah jenis A, B dan O sangat dialu-alukan untuk menderma kerana PDN kekurangan bekalan kumpulan darah tersebut.

Sementara itu bekalan darah jenis AB berada pada tahap yang selamat.

bekalan

PDN menggesa penderma yang layak untuk datang ke pusat derma darah terdekat.

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi, jadi orang ramai diingatkan untuk melakukan janji temu terlebih dahulu.

Slip janji temu boleh diperoleh dari laman web rasmi PDN bagi memastikan perjalanan yang lancar di tengah sekatan perjalanan berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP).

bekalan
bekalan

Bagi sesiapa yang tidak memenuhi kriteria dan tidak layak untuk menderma darah, jangan risau anda masih lagi boleh membantu dengan menyebarkan maklumat PDN kepada orang awam yang lain.

Peringatan kepada penderma yang telah menerima vaksin baru-baru ini untuk menangguh proses menderma darah buat seketika, sekurang-kurangnya satu minggu.

 

Sumber: Pusat Darah Negara
Baca: Doktor Ini Mengatakan Kanser Payudara Lanjutan Boleh Pulih Sepenuhnya, Baca Disini 
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!