Ini 5 Bentuk Buli yang Selalu Berlaku Dikalangan Pelajar Sekolah Asrama );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Ini 5 Bentuk Buli yang Selalu Berlaku Dikalangan Pelajar Sekolah Asrama

Share
buli

Pernah tak korang merasai pengalaman duduk di asrama? Jika pernah, mesti ada banyak kenangan pahit manis yang korang dah lalui ketika menjadi pelajar.

Salah satu kenangan pahit yang akan dianggap manis adalah budaya ragging atau buli yang memang acap kali berlaku.

Yang peliknya, ‘budaya’ ini seolah-olah sudah menjadi tradisi warisan satu Malaysia bagi mereka yang bergelar pelajar senior.

BACA JUGA: Kes Bunuh Diri Meningkat 20%, 1,099 Orang Bunuh Diri Sejak Tahun Lepas

Walaupun tidak diajar, ia tetap menjadi ikutan. Ada 5 bentuk hukuman yang selalu berlaku di kalangan pelajar asrama. Kesemua ‘hukuman’ tersebut melibatkan penderaan fizikal dan mental yang agak mencabar.

Nak tahu bagaimana budaya buli di asrama? Korang scroll ke bawah.

1. Rumble - Belasah beramai-ramai

Sesi ‘rumble’ adalah sesi di mana pelajar buat salah, akan dihukum secara beramai-ramai, tak kiralah sama ada dengan senior atau kawan-kawan korang sendiri.

Selalunya mereka dibuli secara rumble ini ada sebabnya. Ia selalu dikaitkan dengan kes curi di antara kawan-kawan.

2. Enjutsteng - Berdiri sambil bengkokkan kaki hingga lutut sama paras dengan punggung

Difahamkan, hukuman Enjutsteng ini adalah seseorang perlu menahan posisi seperti itu selalunya 10 minit masa minima.

Ada juga yang kena hukuman seperti itu mengambil masa sehingga 2 atau 3 jam.

Paling azab, ada senior yang letak bantal di atas tangan kita, dalam 3-4 biji pun sudah terketar lutut untuk bagi badam seimbang daripada jatuh.

3. Starlight - Jentik dahi

Nama sedap; ‘Starlight’, tapi kalau korang jenis tak bernaasib baik kena dengan senior jenis jentik kuat, boleh berpinau mata.

Buli jenis ini agak popular di kalangan pelajar asrama kerana dianggap kelakar untuk dilihat kawan-kawan kita kena.

4. Komando

Selalunya hukuman ini akan dibuat jika pelajar tidak membersihkan biliknya dengan betul. Jadi, senior akan buat hukuman komando ini.

Cara hukuman ini, setiap pelajar yang didenda akan merangkak di lantai bilik asrama tanpa ada seorang pun penghuni bilik terlepas.

5. Helikopter

Ini bukan yang lagu yang viral di TikTok, tetapi jenis denda yang akan membuat mangsanya akan berasa pening kepala.

Pelajar yang terkena hukuman ini perlu tunduk dengan satu jari, biasanya jari telunjuk lalu akan diminta untuk pusing badan seperti kipas helikopter sehinggalah mangsa tersebut pening.

Contoh Video:


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!