Bersukan Malam, Baik Atau Bahayakan Badan Kita? );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Bersukan Malam, Baik Atau Bahayakan Badan Kita?

Share

Majoriti masyarakat di Malaysia terutama lelaki mesti sering melakukan aktiviti riadah atau bersukan pada waktu malam. Ianya boleh dikatakan sebagai satu aktiviti mingguan atau harian bagi mereka.

Tidak kiralah berfutsal atau berjoging mesti ramai yang melakukan aktiviti tersebut dengan alasan mereka susah untuk tidur, pagi kerja jadi malam cuma waktu yang ada dan pelbagai lagi.

Sukan

Sebenarnya isu ini juga sudah sering menjadi perbualan orang ramai terutama apabila aktiviti sukan di negara kita sendiri kebanyakkannya sering dilakukan pada waktu malam.

Menurut Dr Afiq Rahim menerusi blog kesihatannya, dia menyatakan terdapat kajian kajian menerusi Harvard Medical School dalam sebuah publikasi (Oktober 2018) menyarankan bahawa manusia boleh melakukan riadah malam dengan intensi rendah dan sederhana.

Ianya bermaksud kita perlulah melakukan aktiviti tersebut lebih awal dari jadual tidur kita kerana dikhuatiri ia boleh menganggu kitaran tidur kita.

Contohnya jika anda sering tidur pada pukul 10 malam, sebolehnya beriadahlah pada pukul 8 malam dan berhenti sekitar 9 malam.

Ianya supaya anda tidak merasa susah untuk tidur pada pukul 10 dan anda mungkin mendapat tidur yang tidak cukup.

Isu mengenai takut masalah jantung semua itu bukanlah melibatkan riadah malam tetapi juga melibatkan aktiviti fizikal dan harian kita.

Jadi aktiviti riadah malam ini baik untuk kitaran tidur dan badan kita tetapi perlulah dilakukan dengan intensi yang sederhana dan tidak keterlaluan.

[Sumber: DR.AFIQRAHIMBLOG]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!