Bertangan Kidal? 10 Fakta Ini Khas Buat Anda! - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Lifestyle

Bertangan Kidal? 10 Fakta Ini Khas Buat Anda!

Share

Hanya 10 peratus dari populasi dunia adalah kidal dan meskipun minoriti, terdapat beberapa fakta menarik mengenai anda semua yang mendominasi tangan kiri secara saintifik dan trivia.

1. Orang kidal lebih berdikari

Menurut pelbagai sumber, orang kidal lebih berdikari kerana keterbiasaan menyesuaikan diri dalam dunia yang majoriti adalah bukan kidal.

2. Lebih kreatif

Secara umumnya, kemahiran motor kita berkait rapat dengan fungsi otak. Kerana orang kidal banyak menggunakan bahagian kiri, otak kanan mereka lebh aktif dan hemisfera kanan ini mengawal atur kreativiti, keupayaan persepsi, pengenalan dimensi ruang, waspada dan tumpuan.

3. Cerdas dengan IQ tinggi

Menurut sebuah kajian dari St. Lawrence University, orang kidal terbukti jauh lebih cerdas kerana orang-orang yang memilik IQ lebih dari 140 kebanyakannya adalah kidal. (Purata IQ normal adalah 90)

4. Hari istimewa setiap tahun!

Setiap 13 Ogos merupakan Hari Orang Kidal Sedunia yang telah disambut semenjak 1976 dan diisytiharkan pada 13 Ogos 1997 oleh Kelab Hari Orang Kidal.

5. Lelaki > Perempuan

Sekiranya anda adalah lelaki, ketahuilah bahawa jantina anda mempunyai kecenderungan sebanyak dua kali berbanding perempuan untuk menjadi kidal.

6. Jangka hidup yang lebih pendek (MITOS!)

Terdapat kajian baharu oleh seorang professor Psikologi dan Pendidikan Perubatan, Chris McManus yang membidas kajian lama pada 1980 dan 1990 yang dibuat oleh Diane Halpern dan Stanley Coren dan membuktikan bahawa fakta yang orang kidal mempunyai jangka hidup 9 tahun lebih pendek adalah mitos.

7. Pencipta papan QWERTY merupakan seorang kidal!

Dikatakan Christopher Sholes, pencipta papan taip QWERTY adalah seorang kidal dan menggunakan papan ini, terdapat 1447 perkataan bahasa Inggeris boleh ditaip menggunakan tangan kiri sahaja manakala 187 perkataan bagi tangan kanan.

8. Anda ditakuti oleh..

Tahukah anda bahawa terdapat fobia kepada orang kidal atau objek yang berada di sebelah kiri yang dinamakan Sinistrophobia?

9. Lebih banyak pendapatan?

Menurut sebuah kajian oleh Pakar Ekonomi di Lafayette College, Cristopher Ruebeck, orang kidal meraih pendapatan sedikit lebih dari rakan yang bukan kidal yang mempunyai jawatan yang sama.

10. Pemecah perbualan yang bagus

Jarang-jarang kita mendengar orang kidal disekeliling kita, oleh itu, kebanyakannya orang kidal boleh menggunakan itu sebagai satu poin tambahan dalam memulakan perbualan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!