3 Kali Ganda Lebih Besar Dari New York, Arab Saudi Bakal Bina Bandar Terapung Terbesar Dunia );

Type to search

Adamedia Isu Best

3 Kali Ganda Lebih Besar Dari New York, Arab Saudi Bakal Bina Bandar Terapung Terbesar Dunia

Share

Arab Saudi merupakan antara negara terkaya di dunia hasil daripada sumber gas petroleum serta kemajuan teknologi yang dimilikinya.

Terbaru, negara berkenaan telah mengumumkan rancangan mereka untuk membina sebuah bandar lapan segi terapung di Laut Merah. 

Difahamkan, bandar berkenaan bakal dinamakan sebagai Oxagon, dan akan dibina di pinggir Neom yang terletak di sebuah bandar baharu bernilai $500 bilion.

Oxagon akan menyumbang kepada pendekatan dunia terhadap pembangunan perindustrian di masa hadapan, melindungi alam sekitar dan mencipta pekerjaan serta kemajuan di Neom.

Menurut Putera Salman, lokasi padang pasir bernilai 500 bilion ini dipilih bertujuan bagi menarik minat masyarakat luar untuk memperoleh peluang pekerjaan dengan gaji terbaik dunia di sini.

Oxagon akan menjadi salah satu hab logistik termaju di dunia dengan pelabuhan bersepadu dan sambungan lapangan terbang yang serba canggih.

bandar

bandar

Bandar ini juga akan dilengkapi dengan teknologi mesin pembenihan awan, taman karang terbesar dunia, pasir bercahaya dalam gelap dan bulan buatan gergasi yang menyala setiap malam.

Mengikut perancangan, kota berkenaan bakal diisytiharkan sebagai ‘zon bebas’ dengan undang-undang yang berbeza dari Arab Saudi.

Nak tau apa bezanya? Sama-sama kita tunggu dan lihat bila ianya siap dibina dan dirasmikan nanti.

 

[Sumber: metro.co]

 

Baca Juga: Artifak Purba Berusia 5,000 Tahun Dijumpai Dalam Perut Sang Buaya

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!