Apa Beza Sibuk VS Produktif? Kalau Anda Jenis Suka Multitask Dalam Satu Masa Wajib Baca Ini

Type to search

Adamedia Gaya Hidup Lifestyle

Apa Beza Sibuk VS Produktif? Kalau Anda Jenis Suka Multitask Dalam Satu Masa Wajib Baca Ini

Share

Usaha untuk menjadi lebih efektif di tempat kerja sebenarnya sudah timbul banyak salah faham tentang apa sebenarnya hari kerja yang produktif. Kebanyakan orang menganggap yang mejadi orang yang sibuk adalah produktif, dan ia adalah konsep yang sangat tak tepat sebenarnya.

Disini ada beberapa pandangan berharga tentang apa bezanya menjadi orang yang produktif dan ia memang sangat berbeza daripada sibuk tanpa henti, menurut Conor Neill.

Menurut beliau, orang yang sibuk cenderung masukkan lebih banyak perkara dan tugasan dalam hari mereka manakala orang produktif akan potong terus tugasan dengan teliti sebanyak 50%.


Orang yang sibuk berpendapat yang selesaikan lebih banyak tugasan dalam lapan jam bekerja sehari adalah keputusan yang sesuai.

Mereka memenuhi terlalu banyak tugas dalam senarai tugasan yang harus dilakukan sampailah dapat sambungkan sebahagian besar tugasan ke hari esoknya.

Orang yang produktif akan tahu yang mereka tak perlu buat sampai 40 tugasan dalam ‘list to-do’. Mereka mengambil pendekatan ‘less-is-more’ bila merancang hari kerja mereka dengan hanya menyelesaikan perkara-perkara yang penting.

Selain itu, orang yang sibuk akan melompat setiap tugasan berbanding yang produktif, mereka tahu perbezaan mana yang ‘urgent’ dan penting.

Sebahagian besar orang yang sibuk akan habiskan masa kerjanya untuk siapkan semua tugasan kerana sudah dibutakan dengan masalah semua nya nak ‘urgent’ tetapi hakikatnya tak begitu penting sangat pun.


Dalam setiap syarikat, banyak perkara boleh ditandai sebagai ‘urgent’, tetapi perkara ini biasanya dibuat oleh rakan sekerja atau orang atasan anda yang mengharapkan jawpan secepat yang mungkin.

Orang yang produktif yang tahu bezakan ‘urgent’ dan penting, akan selesaikan dahulu perkara-perkara penting daripada bahagikan waktu mereka untuk selesaikan tugasan ‘urgent’ yang berbeza.

Orang yang sibuk selalu terganggu manakala yang produktif pula akan cipta sistem mereka sendiri.

Orang sibuk telah kembangkan tabiat penghasilan produktiviti selama bertahun-tahun. Mereka semak e-mel secara paksa sepanjang hari dan terganggu setiap kali telefon mereka berbunyi.


Tabiat buruk sebenarnya boleh buatkan otak seseorang lebih perlahan menurut kajian. Kajian itu menyatakan yang jika selalu menukar buat tugasan, ia akan ubah struktur otak seseorang dan kemampuan berfokus jadi lebih rendah.

Berbanding dengan yang produktif, mereka ada buat sistem mereka sendiri untuk tugasan buka e-mel pada waktu yang sesuai.

Orang sibuk multi-task. Orang produktif fokus.

Mereka yang sibuk berusaha sebaik mungkin untuk melakukan 15 perkara sekaligus. Mereka ada beberapa tab dalam browser di laptop sambil terus semak kalendar.


Manakala mereka yang jenis produktif akan beri tumpuan dan fokus untuk buat tugasan yang paling penting dengan efektif. Mereka buat banyak tugasan dengan efektif dengan memilih untuk ‘pair’kan dengan tugasan yang kurang penting.

Contoh, orang produktif akan tulis nota tentang idea mengenai projek yang berpotensi sementara menunggu mesyuarat bermula. Mereka juga menyedari yang mereka hanya boleh multitask kalau ada perkara lain yang kurang penting dapat dicapai dengan gunakan jumlah pembahagian dan tenaga yang kecil.

Kalau anda salah seorang dari jenis yang sibuk dan hendak berubak ke arah produktif, ikut peraturan 80/20 tentang tugasan anda. Keluarkan perkara-perkara yang tak diperlukan semasa hari kerja dengan syarat ia beri kesan minimun dengan produktiviti anda.

Orang yang sibuk pakukan diri dengan meja manakala yang produktif tahu bila perlu berehat.


Orang sibuk jarang unutk rehatkan diri mereka dan anggap rehat hanya akan tundakan lebih banyak kerja. Hentikan tanggapan ini.

Anda akan jadi lebih kecewa kalau tengok orang yang produktif kelihatan macam banyak masa dan menikmati kerja mereka.

Ini sebab, orang produktif tahu beri masa untuk segarkan diri mereka. Mereka akan rehatkan diri dengan berjalan-jalan, bermeditasi, dapatkan snack atau tonton cerita komedi pendek.

Mereka tahu yang mereka boleh capai kecekapan yang lebih tinggi bila biarkan otak mereka berehat setelah bekerja dalam beberapa jam.

Anda boleh pilih untuk capai tahap produktiviti yang tinggi pada hasil kerja tertentu dengan melupakan penampilan dan perasaan seperti orang yang sibuk dan ubah diri anda untuk jadi orang yang lebih produktif. Secara tak langsung, kesihatan mental anda juga terjaga ketika sedang pandemik ini.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!