Bisnes Konsep MLM? Ikuti 3 Cara Dibawah Untuk Ketahuinya

Type to search

Adamedia Isu Best Lifestyle

Bisnes Konsep MLM? Ikuti 3 Cara Dibawah Untuk Ketahuinya

Share
konsep

Mesti korang semua pernah dengar bisnes yang menggunakan konsep Multi Level Marketing (MLM). Tidak kiralah ketika korang di universiti ataupun saat korang sudah bekerja.

Tapi apa tu bisnes MLM?

Secara dasarnya bisnes konsep MLM ini merupakan satu bisnes yang penuh dengan scam dan penipuan semata-mata. Selalunya mereka akan mencari pelajar yang mempunyai masalah kewangan dengan kata-kata manis.

Jadi disini admin akan memberitahu tiga cara untuk korang mengenali konsep MLM supaya korang tidak terlibat dengan bisnes kotor itu.

Konsep

1. Bisnes Yang Tiada Produk/Servis

Bisnes MLM ni sebenarnya tiada benda yang korang jual, tak kiralah produk ataupun servis memang korang tak akan nampak bendanya untuk dijual.

Selalunya untuk senang mengenali MLM ni, kawan lama korang akan telefon dan bermanis mulut kemudiannya akan mengajak korang untuk membuat bisnes bersama-sama.

Apa yang peliknya di sini mereka tak akan memberitahu apa yang mereka jual sebaliknya mereka ingin berjumpa anda dan terangkan secara face-to-face.

Kalau ditanya dengan pelbagai soalan, ada sahaja yang mereka hendak berdalih dan tidak akan pernah menyebut apa yang mereka jual.

2. Keuntungan Yang Diperoleh Tidak Masuk Akal

Ayat yang selalu mereka akan bagi dekat korang atau yang selalu korang dengar,

“Sampai bila nak makan gaji hujung bulan? Tak kesian ke dekat anak bini kat rumah tu asyik gaji je tinggal sikit bayar itu ini sampai takde benda yang tinggal untuk ko…”

“Duduk rumah goyang kaki main henfon dah dapat duit. Macam tu je tak susah pun…”

“Ko nampak dompet aku ni, ah tak boleh nak tutup tebal sangat dengan duit. Mehla join aku buat bisnes, kita boleh kaya dengan cepat weh…”

Kalau korang dengar je ayat ni, cepat-cepatlah korang undur diri sebelum terjebak lagi teruk. Dalam dunia ini, takdenya bisnes yang boleh dapat duit juta-juta sekaligus dengan hanya goyang kaki.

Semuanya perlukan usaha dan juga kerah keringat korang. Jangan bazirkan duit korang untuk bayar pedahuluan tanpa sebarang maklumat yang boleh dipercayai.

3. Dipaksa Untuk Join Dengan Segera

Ya selalunya korang memang akan dipaksa oleh penipu-penipu tersebut untuk join bisnes mereka dengan segara atau secara mudahnya on the spot.

Jika korang masih was-was, mereka akan menghina dan mengherdik korang dengan kata-kata yang sememangnya buat hati kita panas. Mereka akan melabel kita sebagai anak derhaka, suami tak guna, ayah yang pemalas sebab tak nak buat duit berkepuk-kepuk demi kesenangan mereka.

Yang paling sakit hati ialah mereka merupakan kawan lama yang dah lama tak bertegur, tetapi bila berjumpa hanya makian, cacian serta penghinaan yang korang dapat jika menolak tawaran mereka.

Sudah banyak aktivti bisnes MLM ni berleluasa di negara kita bahkan di negara luar sekalipun.

Kita sebagai manusia yang ada ilmu sebolehnya cuba nasihat kawan-kawan ataupun ahli keluarga kita sekalipun untuk sentiasa berhati-hati supaya tidak terlibat.

[Sumber: SabreeHussin]

Baca juga: PUBG Mobile 1.3 Tampilkan Mode, Senjata Serta Kenderaan Terbaru !

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!