Gara-Gara Bohong Cuti Sakit, Wanita Ini Dipecat Apabila Wajahnya Terpapar Di Live TV Perlawanan Semi-Final Euro 2020 );

Type to search

Adamedia Isu Best

Gara-Gara Bohong Cuti Sakit, Wanita Ini Dipecat Apabila Wajahnya Terpapar Di Live TV Perlawanan Semi-Final Euro 2020

Share
euro 2020

Seorang pekerja yang kononnya mengambil cuti sakit sebenarnya pergi menyaksikan kemenangan separuh akhir England seolah-olah menggali lubang sendiri setelah wajahnya keluar televisyen.

Wanita yang dikenali sebagai Nina Farooqi, 37, telah menerima tawaran tiket ke perlawanan separuh akhir English vs Denmark Euro 2020 pada saat-akhir, yang diberi oleh rakannya.

Ketika waktu separuh masa, rakan-rakannya telah menghantar pesanan memberitahunya bahawa wajah Nina ada di TV.

euro 2020

Siapa sangka, antara ribuan penonton yang sedang bersorak di sana, mukanya juga yang terpilih untuk dirakam.

Pagi esoknya, Nina menerima teks dari majikannya yang mengatakan ‘tak perlu susah-susah datang kerja’.

“Boss saya mengatakan mereka telah melihat saya berada di perlawanan ini, dan saya jelaskan dengan jujur mengapa saya lakukan,” kata Nina kepada The Telegraph.

Emosinya bercampur-baur kerana Nina gembira England sudah berjaya ke tahap seterusnya tapi dalam masa yang sama risau mengenangkan nasib pekerjaannya sebagai digital content producer.

Minat pada bola

euro 2020

Menurut profil LinkedInnya, Nina juga merupakan seorang jurufoto bebas untuk bola sepak dan content producer yang fokus pada Liga Wanita FA.

“Ini kali pertama sejak tahun 1996, saya masih ingat dengan jelas dimana saya menangis di ketika Gareth Southgate terlepas penalti.

“Sebagai peminat bola saya tak mungkin dapat menolak tawaran untuk pergi melihat perlawanan Euro 2020.

“Bola sepak adalah kehidupan saya,” tambahnya lagi.

euro 2020

euro 2020

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!