Warganet meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bersivik dua wanita yang dilihat mempersenda golongan orang kurang upaya (OKU) dengan membuat mimikan sebelum memasuki tandas khas milik OKU, di sebuah stesen minyak.
Dalam klip video yang dimuat naik dalam media sosial, kedua-duanya yang dipercayai penunggang basikal berdasarkan pakaian dipakai mereka dilihat bergelak ketawa dengan salah seorang berlakon berjalan seperti mengalami kecacatan ketika memasuki tandas dikhaskan untuk golongan OKU.
BACA JUGA: Tidak Dibernarkan Menaiki Pesawat Kerana Kerusi Roda Terlalu Berat, Lelaki OKU Dihalau
Klip rakaman yang awalnya dimuat naik aplikasi media sosial iaitu TikTok namun dipadam sebelum dimuat naik semula di laman Twitter dan mengundang pelbagai reaksi pengguna lain yang melihat ciapan tersebut.
Tinjaun Adamedia di Twitter mendapati, rata-rata warganet mengecam tindakan wanita terbabit dan menyifatkan kelakuan itu memalukan.
Antara Reaksi Warganet





Video Penuh:
Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.
