Caj Pengeluaran RM1 Di Mesin ATM Berlainan Kembali Berkuatkuasa Mulai Febuari 2022 );

Type to search

Adamedia Isu Best

Caj Pengeluaran RM1 Di Mesin ATM Berlainan Kembali Berkuatkuasa Mulai Febuari 2022

Share

Sejak penularan wabak COVID-19 dua tahun yang lalu, kerajaan telah mengumumkan pengecualian caj RM1 bagi pengeluaran wang di setiap mesin ATM meskipun berlainan bank.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan orang ramai tidak beratur panjang untuk membuat pengeluaran di mesin ATM dan pada masa yang sama meringankan beban rakyat.

Namun keistimewaan itu dijangka bakal ditamatkan bermula Febuari tahun hadapan apabila beberapa pihak bank dilihat telah mula mengeluarkan notis.

RM1

Menurut Rggt, pengumuman itu telah dibuat oleh pihak Citibank dan KFH Malaysia di laman sesawang mereka yang memaklumkan caj pengeluaran RM1 akan kembali dilaksanakan pada 1 Februari 2022.

CIMB bank juga dilihat telah mula mengeluarkan notis pemberitahuan di laman sesawang twitter mereka.

RM1

Namun begitu, setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) atau pihak Paynet berhubung isu berkenaan.

Sekiranya berita ini sudah rasmi, diharap ianya boleh diterima baik oleh setiap masyarakat di Malaysia.

RM1

Dengan erti kata lain, kalau nak ‘cucuk’ duit kena pergi ke ATM yang sama dengan akaun bank yang dimiliki, kalau tidak nanti kena tolak duit..

Tapi ada juga yang beranggapan RM1 tu sekadar sejumlah wang yang kecil dan tiada masalah untuk diberikan, apa pendapat anda?

 

[Sumber: rnggt, odisi]

 

Baca Juga: Jutawan Segera! Wanita Ini Menang RM4.1 Juta Selepas Terima Suntikan COVID-19

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!