KJ: Calon SPM, STPM 2021 Boleh Ambil Vaksin Bermulai Julai );

Type to search

Adamedia Isu Best

KJ: Calon SPM, STPM 2021 Boleh Ambil Vaksin Bermulai Julai

Share
calon spm, stpm

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech bermula bulan depan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata proses suntikan berkenaan dijangka dilaksanakan di sekolah yang akan dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV).

kj
spm, stpm

“Kita akan mulakan pemberian vaksin kepada mereka pada Julai sebagai persediaan sebelum mereka kembali ke sekolah kelak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Pahang, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan berkata cadangan kementerian itu agar murid yang menduduki peperiksaan awam diberi keutamaaan untuk divaksinasi telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

Radzi berkata ini berikutan Bahagaian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah memluluskan penggunaaan vaksin Pfozer-BioNTech untuk golongan berusia 12 tahun ke atas. – BERNAMA

Baca Lagi: Malaysia Bangunkan 2 Vaksin Untuk Cepatkan Proses Imunisasi Kebangsaan

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!