[VIDEO] “Hampa Tak Payah Pi Cameron Highland” Nasi Lemak Pink, Produk Berasaskan Strawberi Kini Di Kedah );

Type to search

Adamedia Infotainmen Makan

[VIDEO] “Hampa Tak Payah Pi Cameron Highland” Nasi Lemak Pink, Produk Berasaskan Strawberi Kini Di Kedah

Share

Sebut sahaja buah strawberi, pasti anda akan teringatkan Cameron Highland kan? Maklumlah pusat peranginan itu sangat terkenal dengan tanaman dan produk berasaskan strawberi.

Namun buat anda yang berada di negeri sebelah Utara, pastinya lokasi dan perjalanan yang jauh menyukarkan anda untuk menikmati kemanisan dan keenakan produk-produk strawberi kan?

Haa, kini masalah anda sudah pun selesai kerana di Sungai Petani Kedah, terdapat sebuah kedai yang menjual buah serta produk yang berasaskan strawberi.

Tular di Tiktok, video ini menunjukkan serba sedikit kedai yang menyajikan buahan strawberi ini.

 

 

Kedai yang bernama ‘Warung Strawberi Cik Haza’ ini menjual pelbagai jenis minuman dan makanan berasaskan strawberi seperti nasi lemak strawberi, minuman teh dan kopi strawberi, ais krim homemade dan banyak lagi.

Pendek kata memang macam berada di tanah tinggi Cameron la!

highland

highland

highland

Nasi lemak strawberi yang suatu ketika dahulu pernah viral di Cameron Highland, kini boleh ditemui di Sungai Petani, Kedah!

Melihatkan nasinya yang berwarna pink itu sahaja sudah menarik, apatah lagi rasanya kan?

highland

Buat anda yang berada di sekitar negeri Jelapang Padi, Kedah bolehlah berkunjung ke Warung ini untuk mendapatkan produk-produk strawberi.

Untuk maklumat lanjut, boleh lihat Facebook mereka di sini

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: Tiktokers Ini Beritahu 6 Cara Kenal Durian Musang King Dengan Mudah

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!