Lelaki Ini Kongsi Cara Bayar Zakat Fitrah Guna Maybank2u );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Lelaki Ini Kongsi Cara Bayar Zakat Fitrah Guna Maybank2u

Avatar
Share
zakat

Tinggal kurang beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Korang sudah bayar zakat fitrah?

Bayaran zakat fitrah merupakan satu kewajipan untuk kesemua orang Islam yang berkemampuan dan harus dibayar sebelum tibanya hari Syawal.

Tak perlu pening nak beratur panjang dan bersesak di waktu pandemik ini. Sekarang semua di hujung jari sahaja.

Mudah untuk korang yang sibuk dan tidak sempat pergi membayar zakat. Walaupun pembayaran secara online ini sudah dilaksanakan beberapa tahun yang lalu, tak salah untuk kita berkongsi info bagi mudahkan lagi urusan yang lain.

Jom kita lihat cara-cara membayar zakat fitrah melalui perkongsian dari Fizal Hafiz ini menggunakan aplikasi Maybank2u.

1. Log Masuk Maybank2u

m2u

2. Pilih pay dan tekan NEW PAYEE

m2u

3. Buat carian Lembaga Zakat mengikut negeri masing-masing (Contoh: Lembaga Zakat Selangor)

m2u

4. Masukkan jumlah bayaran dan tekan proceed

Kacang saja kan? Tapi sebelum membuat pembayaran secara online, korang harus lafazkan akad zakat fitrah dahulu seperti di bawah:

1. Lafaz akad bagi diri sendiri

“Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”

2. Lafaz akad bagi diri dan tanggungan

“Inilah harga beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”

3. Lafaz akad bagi wakil

“Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas (nama penuh si pewakil) dan tanggungan yang mewakilkan aku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”

Semoga perkongsian ini memudahkan korang semua dan penulis harap amal ibadah kita sepanjang Ramadan ini sentiasa diterima dan dengan izinNya dapat kita berjumpa lagi d tahun yang akan datang. InsyaAllah.

Tags:
Avatar
Farhana Syahirah

Graduan Diploma Komunikasi di KUIS serta Bachelor of Mass Communication (hons.) Journalism di UiTM Shah Alam. Membawa prinsip 'menulis untuk memberi hidden knowledge' kepada pembaca. Penulis gemar berkongsi cerita atau sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan content evergreen sepanjang masa. Bukan content sensasi tapi hanya sementara. Akan terus mencari lagi hidden infotainment untuk pupuk lagi minat membaca Malaysian yang kian pudar.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!