Wanita Ini Kongsi Tips Cara Pulihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Wanita Ini Kongsi Tips Cara Pulihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut

Share
barang

Bah di beberapa tempat sudah mula untuk surut, tetapi jika melihat barangan elektrik seperti TV dan peti ais yang terkena air banjir, sudah pastinya sebak bagi mangsa banjir.

Dengan memikirkan kos kerugian yang harus ditanggung, mesti ramai yang terfikir ingin buang terus dan beli yang baharu.

BACA JUGA: 4 Tips dan Langkah Penjagaan Ketika Banjir

Jangan risau, ada jalan penyelesaian untuk membaikinya kembali seperti asal. Wanita ini telah berkongsi cara-cara untuk pulihkan kembali barangan elektrik.

Dikenali sebagai Nur Izzati Harun, beliau telah berkongsi di laman Facebooknya tentang beberapa langkah yang boleh dibuat untuk double-check sama ada boleh digunakan lagi atau tidak.

Ikuti perkongsian Izzati di bawah.

Foto: Nur Izzati Harun

Assalamualaikum pada mangsa banjir saya kongsikan tip bila barangan eletrik kena air banjir.

1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.

4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.

Foto: Utusan Malaysia/Zulfadhli Zaki

5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.

6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.

7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.

Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan eletrik yang baru. Mudah-mudahan kita dapat membantu semua mangsa banjir. Doakan kami warga Port Klang selamat.

[Sumber: Nur Izzati Harun]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!