Tentera AS Jumpa Cebisan Mayat Afghanistan Pada Roda Pesawat C-17 );

Type to search

Adamedia Isu Best

Tentera AS Jumpa Cebisan Mayat Afghanistan Pada Roda Pesawat C-17

Share
afghanistan

Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melaporkan pihaknya menemui cebisan mayat manusia terlekat pada roda pesawat Boeing C-17 Globemaster III yang berlepas keluar dari Afghanistan sejak beberapa hari lepas, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Menerusi laporan Kosmo, cebisan mayat itu dipercayai milik penduduk Afghanistan yang bertindak nekad berpaut pada pesawat berkenaan kerana terdesak untuk meninggalkan negara itu selepas Taliban mengumumkan pengambilalihan kuasa pada hujung minggu lalu.

BACA: 16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara, Malaysia Keluarkan Bantahan Kepada Kedutaan 

Menurut kenyataan itu, pesawat C-17 berlepas dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan situasi yang tidak terkawal di lapangan terbang Kabul pada ketika itu.

Ribuan penduduk bertindak berpaut pada roda dan sayap pesawat ketika berlepas, malah ada yang melayang jatuh ke bawah sebaik kapal terbangan naik ke udara.

Pada Isnin lepas, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai itu terpaksa ditangguhkan selama berjam-jam apabila rakyat Afghanistan menyerbu landasan dan berusaha bermati-matian untuk masuk ke dalam pesawat.

Pesawat C-17.

Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar 15,000 penduduk Afghanistan dari landasan pesawat, demikian menurut seorang pegawai AS.

Pihak berkuasa telah mengambil tindakan memeriksa pesawat berkenaan sebelum membersihkan cebisan mayat yang terlekat sebelum memberi pelepasan untuk kembali beroperasi.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!