CEO Apple Sedia Hulur Bantuan Pada Malaysia Susulan Bencana Banjir Yang Menimpa );

Type to search

Adamedia Isu Best

CEO Apple Sedia Hulur Bantuan Pada Malaysia Susulan Bencana Banjir Yang Menimpa

Share
ceo

Beberapa hari yang lepas beberapa daerah di negeri Selangor dilaporkan menghadapi masalah banjir yang teruk.

Berikutan bencana banjir yang melanda, CEO Apple difahamkan ingin menghulurkan bantuan pada mereka yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook menyatakan hasratnya untuk menghulurkan bantuan kepada Malaysia yang kini sedang dilanda banjir.

ceo

Menerusi satu ciapan ringkas di akaun rasmi Twitternya, Tim menyatakan bahawa Apple akan menyumbang kepada usaha pemulihan, baik pulih dan pembangunan semula jangka panjang di Malaysia dan Filipina.

“Taufan Rai menyebabkan begitu banyak kemusnahan di Filipina dan Malaysia serta ramai keluarga mengalami kehilangan yang besar.

“Apple akan menyumbang untuk membantu pemulihan dan usaha pembinaan semula bagi tempoh jangka panjang,” katanya.

Malaysia dan Filipina ketika ini berdepan bencana cuaca teruk yang mana seramai 27 maut dan puluhan ribu penduduk negara ini terjejas akibat banjir melanda lapan negeri hujung minggu lalu.

Dengan bantuan yang dihulurkan, diharap ianya dapat membuka mata lebih ramai lagi pihak yang berkuasa untuk turun padang dan membantu mereka yang memerlukan.

 

[Sumber: bharian]

 

Baca Juga: MetMalaysia Kesan Lekukan Tropika Bergerak Ke Semenanjung Utara, Bakal Terjadi Di 4 Negeri Utara

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!