Cepat Lapar? Cuba Makanan Ini Supaya Anda Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Cepat Lapar? Cuba Makanan Ini Supaya Anda Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Hidayah Abdullah
Share

Makan banyak ketika waktu sahur untuk memastikan anda tidak kelaparan sepanjang berpuasa seharian bukan penyelesaian yang baik.

Malah anda akan berasa lebih mengantuk dan cenderung tidur sehingga ada yang ‘terbabas’ solat subuh.

Anda cuma perlu tahu makanan yang betul supaya anda lambat merasa lapar dan masih mempunyai tenaga untuk menjalani aktiviti seharian.

Oat

Oat mengandungi karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga bagi tubuh badan dan otak. Kandungan serat dalam oat juga akan membuatkan anda kenyang lebih lama, malah penyediaannya juga ringkas dan tidak memakan masa yang lama. Anda boleh cuba makan oat bersama susu dan ditambah sedikit buah-buahan seperti epal, pisang atau apa-apa sahaja mengikut selera anda.

Sup Sayur

Kandungan nutrisi sayur akan membantu anda berasa kenyang dalam tempoh masa yang agak lama dan mengurangkan keinginan untuk makan. Malah ia boleh menjadi menu diet sihat anda, kepada sesiapa yang mempunyai perancangan untuk kurangkan berat badan boleh cuba mengambil sup sayur sebagai hidangan sahur.

Makanan Mengandungi Protein

Protein membantu anda berasa kenyang kerana protein mengurangkan hormon lapar iaitu gherlin dan meningkatkan hormone kenyang iaitu peptide YY. Meskipun anda mengambil makanan yang sedikit ketika sahur, anda masih akan berasa kenyang. Makanan yang mengandungi protein adalah seperti telur dan ikan.

Buah Epal

Serat dan kandungan air dalam buah epal membuatkan anda kenyang untuk tempoh lebih lama. Tahukah anda, kulit epal mempunyai serat pektin yang mampu menahan nafsu makan. Sebiji epal sebagai penutup sahur sudah cukup menjadi penyelamat anda daripada kelaparan sebelum tiba waktu berbuka.

Kurma

Kurma tidak dapat disangkal lagi sebagai pembekal tenaga untuk berpuasa seharian, malah ia juga baik untuk pencernaan. Anda boleh memilih untuk makan begitu sahaja atau rendam kurma semalaman dalam segelas air dan sedia diminum ketika sahur.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!