[VIDEO] China Kini Miliki Sistem Komunikasi Terpantas Dunia Berkelajuan 6G );

Type to search

Adamedia Infotainmen

[VIDEO] China Kini Miliki Sistem Komunikasi Terpantas Dunia Berkelajuan 6G

Share
sistem

Jika anda merasakan 5G merupakan sistem komunikasi dan internet terpantas ketika ini, anda silap!

China sudah mula melancarkan sistem tercanggih mereka dengan kelajuan 10 hingga 20 kali lebih tinggi daripada rangkaian 5G iaitu 6G.

Dengan sistem komunikasi wayarles canggih 360-430 GHz yang dibangunkan, teknologi China telah mencapai kelajuan 6G iaitu 100-200 Gbps (gigabit sesaat).

 

 

You Xiaohu, yang merupakan pengusaha makmal itu berkata, teknologi penghantaran terahertz adalah asas untuk rangkaian 6G dan akan digunakan secara meluas di seluruh negara.

Ianya bertujuan bagi merealisasikan penghantaran yang lebih pantas terutamanya dalam aplikasi jenis baharu seperti AR, VR dan metaverse.

Tambahnya lagi, teknologi terahertz juga boleh digunakan secara meluas dalam komunikasi di angkasa lepas dan juga di satelit luar.

sistem

Dengan teknologi 6G ini, berkemungkinan ia akan dapat merealisasikan sistem komunikasi antara angkasa lepas, bumi dan juga laut.

Siapa sangka di sebalik kelajuan 5G yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia, negara tembok besar China dah lancarkan 6G pula.

Kalau macam tu, telefon pintar pun kena beli yang canggih punya la kan?

 

[Sumber: cgtn]

 

Baca Juga: Apple Bakal Bekalkan Alat Ganti Buat Pengguna iPhone Bermula Tahun Hadapan

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!