Ciri Istimewa Yang Anda Sendiri Tak Percaya Ada Pada 5 Barang Keperluan Anda );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Ciri Istimewa Yang Anda Sendiri Tak Percaya Ada Pada 5 Barang Keperluan Anda

Share

Anda semua mesti perasan kalau pada sebahagian barang anda ada beberapa ciri istimewa yang mempunyai fungsi mereka yang tersendiri.

Ya barang-barang tersebut tidak kira gajet elktronik, pakaian harian, alatan di rumah dan lain-lain. Fungsi ciri istimewa tersebut adalah untuk membantu anda dalam menggunakan barang tersebut lebih efektif.

Jadi di sini penulis akan senaraikan lima jenis barang yang mempunyai ciri istimewanya yang tersendiri dan anda mestitak sangka.

1. Lubang Di Bahagian Sisi Kasut Converse

Kasut ini memang terkenal dalam kalangan remaja mahupun orang dewasa kerana ia sesuai untuk digayakan dengan pakaian anda. Tapi anda mesti perasan bahawa ada dua lubang di bahagian tepi kasut tersebut.

Ciri Istimewa

Dua lubang kecil pada sisi kasut Converse

Fungsi lubang tersebut adalah untuk aliran pengudaraan lebih baik. Jadi anda lebih selesa memakai kasut Converse tersebut dan tidak akan merasa lembab atau basah peluh. Ia juga berfungsi untuk mengikat tali kasut anda lebih kemas dan berfesyen.

Anda boleh lihat video ini dimana mereka mengajar cara mengikat tali kasut Converse menggunakan dua lubang tersebut:


2. Lubang Pada Pemegang Periuk

Lubang pada pemegang periuk

Selalu kita tengok ibu-ibu gunakan lubang tersebut untuk menggantung periuk mereka lepas habis masak tetapi tahukah anda ia juga berfungsi untuk meletakkan senduk ketika sedang masak. Jadi ia lebih selamat dan tidak mudah untuk jatuh ketika anda hendak melakukan perkara lain.

3. Lubang Kecil Di Bawah Kunci Mangga

Lubang kecil dibahagian bahawa kunci mangga

Fungsi lubang itu adalah untuk memastikan pengaliran air berjalan lacar jika mangga anda dimasuki air terutama ketika hujan. Jadi ia melindungi bahagian dalam mangga agar tidak muda karat dan rosak jika terkena air.

4. Lubang Pada Penutup Air Tin

Lubang kecil di bahagian pentup minuman tin

Kalau anda perasan setiap kalau anda beli air tin, dekat penutup dia mestiada lubang tetapi sering diabaikan. Tapi untuk pengetahuan pembaca semua, fungsi lubang tersebut adalah untuk anda meletakkan straw minuman anda jika anda tak nak minum begitu saja.

Anda hanya perlu pusingkan sahaja penutup tersebut dan pastikan lubang itu kena dengan lubang air tin anda lalu masukkan sahaja straw dan ia akan kekal di situ.

5. Poket Kecil Pada Seluar Jeans

Selalu kalau kita pakai seluar jeans, mesti perasan dalam poket ada poket kecil lagi. Selalunya poket kecil itu terletak pada poket di bahagian sisi kiri dan kanan.

Poket kecil di dalam poket sisi

Sebenarnya mengikut sejarah orang Inggeris, poket tersebut digunakan oleh para pelombong emas untuk meletakkan jam kecil yang selalu anda lihat mereka guna dalam movie-movie Inggeris lama. Mereka bekerja dalam keadaan yang sibuk dan sesak jadi membawa jam tangan yang besar adalah sangat menyusahkan mereka.

Selain itu, mereka juga gunakan poket kecil untuk menyimpan butiran emas yang berukuran kecil. Namun kini ianya hanya sekadar dijadikan fesyen tetapi anda boleh gunakannya untuk letakkan kunci atau wang yang boleh dismpan dalam bentuk yang kecil.

[Sumber: Iluminasi]

 

Baca juga: Dari mana datangnya petua halau kucing guna air merah?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!