Coklat Hitam Sebagai Penenang Diri
Share

Siapa yang tidak suka dengan manisan terutamanya coklat. Dari budak-budak hinggalah ke dewa sekalipun mereka pasti akan menyukai manisan tersebut.
Coklat terbahagi kepada beberapa jenis tetapi kali ini kami akan mengulas kebaikan coklat hitam sebagai ubat tenang manusia.
Coklat hitam atau dark chocolate merupakan campuran bahan seprti likuor coklat, mentega koko, gula pengemulsi dan vanila. Dark chocolate rasanya semi manis iaitu sedikit pahit dan sedikit manis. Ia sering digunakan dalam masakkan atau bakeri.
Manfaatnya memberi kesan positif dimana menurut kajian, memakan satu bar (1.4 auns) dapat membantu menurukan hormon negatif (bimbang, stress dan tekanan emosi).
Ini kerana ia mengandungi kandungan antioksidan flavanol yang agak tinggi dan berfingsi dapat menurunkan tekanan darah tinggi.
Ia juga mengandungi theobromine dan phenylethylamine di mana keduanya berfungsi sebagai perangsang dan pengawalan mood antidepresan. Ia bertindak menenangkan dan menyegarkan semula segala ketegangan dan ketekanan yang diamali oleh manusia.
Ramai masyarakat kini mula mengambil dark chocolate sebagai ubat penenang mereka di saat membuat kerja kerana ia mampu memberi mereka sedikit ketenangan sebelum memula kembali kerja mereka dengan otak yang berfungsi.
Tetapi dinasihatkan agar mereka yang mengalami tekanan yang teruk berjumpa dengan pakar dan jangan mengharapkan dark chocolate sebagai ubat yang tetap.
Sumber: HelloDoktor