Coldplay & BTS Umum Kolaborasi Single Pertama Bertajuk ‘My Universe’ );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Coldplay & BTS Umum Kolaborasi Single Pertama Bertajuk ‘My Universe’

Share
my

Kumpulan artis K-Pop terkenal Korea Selatan, BTS sekali lagi bakal muncul dengan lagu duet terbaru mereka menerusi gandingan bersama artis antarabangsa Coldplay.

Lagu berjudul ‘My Universe’ itu dinyanyikan dalam bahasa Inggeris dan Korea, dan ditulis bersama oleh Coldplay dan BTS hasil kerjasama produksi Sweden dari Midas, Max Martin.

Ianya diumumkan sendiri oleh Coldplay menerusi laman sosial peribadi twitternya.

Bakal dilancarkan pada hari Jumaat 24 September ini, ‘My Universe’ merupakan lagu ke-10 pada album studio kesembilan Coldplay ‘Music of the Spheres’ yang bakal diumumkan pada hari 15 Oktober nanti.

Berikut merupakan sedutan video teaser latihan mereka yang tersebar di Youtube.

Kesemua lapan album studio Coldplay telah menduduki tangga teratas Nombor 1 di Official Albums Chart, dan mereka juga berjaya mencapai carta hits 25 menerusi single, termasuk lagu-lagu top-chart Viva La Vida dan Paradise. 

 

my

Semestinya gandingan kedua-dua kumpulan artis terkenal ini sangat dinanti-nantikan oleh seluruh peminat BTS di dunia.

Buat penyokong-penyokong ARMY di luar sana, dah bolehlah tandakan tarikh 24 September ini awal-awal, takut terlepas pula nanti nak muat naik di Ig Story!

 

[Sumber]: officialcharts

 

Baca: 5 Sebab Barang Bundle Lebih Baik Daripada Original

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!