COVID-19: Kes Jangkitan Dijangka Reda Menjelang Akhir Tahun 2021
Share

Pada tarikh 11 Januari 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumukan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bakal berkuat kuasa mulai 13 Januari 2021 di negeri zon merah. Ini disebabkan oleh peningkatan kes tempatan yang semakin membimbangkan.
Walaupun pelaksanaan PKP 2.0 sedang dijalankan, pelbagai sektor dan kegiatan ekonomi masih beroperasi seperti biasa. Malah pelbagai kelonggaran telah diberikan kepada masyarakat khususnya bagi mereka yang terlibat dalam lima sektor utama.