Covid-19: Pemain Argentina Didenda 1,200 USD Kerana Cium Bola Verst Adamedia );

Type to search

Covid-19: Pemain Argentina Didenda 1,200 USD Kerana Cium Bola

Adamedia Infotainmen

Covid-19: Pemain Argentina Didenda 1,200 USD Kerana Cium Bola

Share

Seorang pemain bola sepak di sebuah kelab di Equador didenda 1,200 usd (RM4,800) pada Isnin lalu kerana mencium bola. Difahamkan, pemain tersebut telah melanggar peraturan baharu berkaitan usaha menghindarkan wabak Covid-19. 

Pemain tengah berasal dari Argentina, Sergio Lopez yang bermain untuk kelab Aucas dalam liga Pro Equador, menjadi pemain pertama didenda di bawah peraturan baharu tersebut – kerana aksi mencium bola ketika meraikan kemenangan pasukannya menewaskan Macara 1-0.

Selepas semua perlawanan terhenti selama lima bulan akibat wabak Covid-19, beberapa peraturan baharu diperkenalkan komiti disiplin Equador bagi mengawal penularan wabak itu. 

Sebagai rekod, Equador mencatatkan sejumlah 114,000 jangkitan dengan 6,600 kematian yang berpunca daripada Covid-19. 

kredit: deccanherald.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!