COVID-19: Staff Air Selangor Wilayah Kuala Langat Disahkan Positif - Verst Adamedia );

Type to search

COVID-19: Staff Air Selangor Wilayah Kuala Langat Disahkan Positif

Adamedia Isu Best

COVID-19: Staff Air Selangor Wilayah Kuala Langat Disahkan Positif

Farhana Syahirah
Share

Pejabat Air Selangor Wilayah Kuala Langat ditutup sementara sehingga dimaklumkan nanti susulan terdapat satu kes positif COVID-19 yang telah dikesan melibatkan staf di bahagian kaunter pejabat berkenaan.

Menurut Air Selangor dalam kenyataan semalam, warga kerja berkenaan telah menjalani kuarantin sejak 22 Okt lepas dan telah disahkan positif pada 4.30 semalam.

“Justeru, Pejabat Wilayah Kuala Langat akan ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak. Air Selangor sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penyebaran pandemik COVID-19 dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Kenyataan media dari Air Selangor yang 'post' di semua media sosial official.cl

Kenyataan media dari Air Selangor yang ‘post’ di semua media sosial rasmi.

 

Dalam pada itu, bagi mengurangkan risiko jangkitan, Air Selangor telah melakukan tindakan antaranya termasuk usaha pengesanan kontak rapat untuk mengesan mana-mana warga kerja dan pelawat luar yang telah berurusan secara terus dengan warga kerja berkenaan dari 19 Okt hingga 22 Okt lepas.

“Individu tersebut akan dihubungi dengan segera dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari serta mendapatkan bantuan perubatan (ujian saringan COVID-19).

“Pejabat Wilayah Kuala Langat juga telah disanitasi sepenuhnya pada 5.30 petang tadi,” menurut kenyataan tersebut.

Keselamatan kakitangan dan para pelanggan adalah keutamaan kami di Air Selangor dan sebarang informasi terkini akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi Air Selangor, katanya.

[Sumber: BERNAMA]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!