‘Creepypasta’ Kisah Betul Atau Sekadar Cerita? Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

‘Creepypasta’ Kisah Betul Atau Sekadar Cerita?

Share

‘Creepypasta’ pernah menjadi topik yang panas pada suatu ketika dahulu. Ia merupakan ‘genre’ yang dicari-cari oleh anak muda bagi mengisi masa lapang mereka dan mencuba keberanian masing-masing dalam mengikuti kisah yang diceritakan.

Setiap cerita creepypasta akan mengandungi gambar atau video yang menyeramkan dan pelik bagi memberikan pembaca pengalaman yang real. Kebanyakkan cerita akan berakhir dengan ‘cliffhanger’, di mana para pembaca akan bebas berfikir apa yang akan jadi seterusnya. Tempoh baca cerita juga tidak lama, ia boleh dihabiskan dalam 15 – 20 minit.

Dulu, ‘creepypasta’ pernah menjadi topik berdebat paling hangat di internet kerana ramai yang mengatakan bahawa cerita-ceritanya adalah berdasarkan kisah benar. Malah, demi menunjukkan bukti kebenaran cerita tersebut, ada yang sehingga mengatakan bahawa mereka pernah nampak atau bermimpi perkara tersebut.

Persoalannya, adakah cerita di bawah ‘creepypasta’ itu betul?

Source: Google

Bagaimanakah ‘Creepypasta’ mendapat nama?

Dahulu, cerita-cerita ini hanyalah rekaan dan disebarkan dari bualan orang lain. Selain itu, terdapat juga mesej berantai yang mempunyai elemen seram serta ugutan, ini telah mendesak mereka yang mendapat mesej ini untuk menghantar ke orang lain. Perkara ini terus dipetik dan diceritakan di dalam laman sesawang dan dari situ pembaca yang lain ‘copy’ dan ‘paste’ di lamannya tersendiri.

Proses ini berulang banyak kali sehinggakan ia tersebar luas dan tiada siapa tahu siapa pemilik cerita tersebut. Akhirnya, ia dianggap sebagai lagenda (atau mitos). Oleh kerana proses copy dan paste berulang banyak kali, perkataan itu disambungkan dan menjadi copypasta, dari copypasta ia terus menjadi creepypasta, sesuai dengan ceritanya di copy dan pastekan.

Source: Google

Adakah ‘Creepypasta’ betul atau sekadar rekaan sahaja?

Secara jujurnya, ia hanyalah rekaan semata-mata. Tiada ceritanya yang betul walaupun telah di masukkan sekali bukti dari segi bentuk gambar mahupun video.

Gambar dan video untuk setiap cerita hanyalah edit semata-mata, ini adalah untuk menampakkan cerita tersebut real dan juga untuk menyeramkan lagi cerita yang direka. Selain itu, penulis kepada cerita tersebut hanya mahu berkongsi kreativitinya bercerita dengan orang lain.

Jadi, para pembaca tidak perlu rasa takut atau percaya bahawa itu cerita yang betul kerana ia hanyalah rekaan semata-mata. Beberapa cerita ‘Creepypasta’ yang terkenal sehingga kini ialah seperti Jeff the Killer, Eyeless Jack, Jane the Killer, The Russian Sleep Experiment, Slenderman dan Homicidal Liu.

Source: Google

Bagi mereka yang ingin membaca ‘Creepypasta’, boleh pergi ke laman web seperti berikut:

  1. https://www.creepypasta.com/
  2. https://www.reddit.com/r/nosleep/

Amaran: Cerita ini tidak sesuai bagi mereka yang sakit jantung, mudah terkejut dan kanak-kanak. Setiap cerita akan mempunyai gambar dan video yang menyeramkan, jadi dinasihatkan bagi mereka supaya ‘berhati-hati’ ketika membaca.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *