Daboba Malaysia Tampil Perisa Sambal Belacan Milk Tea );

Type to search

Daboba Malaysia Tampil Perisa Sambal Belacan Milk Tea

Adamedia Makan

Daboba Malaysia Tampil Perisa Sambal Belacan Milk Tea

Share
Perisa

Minuman boba milk tea memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja, namun kali ini Daboba Malaysia hadir dengan perisa yang agak unik dan tidak masuk akal iaitu sambal belacan milk tea.

Siapa je yang pernah terfikir sambal belacan boleh dijadikan minuman? Seperti yang kita tahu sambal belacan merupakan penambah rasa pedas yang sering dimakan bersama nasi berlauk, tapi tahun 2021 sambal belacan warisan nenek moyang kita kini dinaik taraf menjadi perisa air minuman.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan perisa nasi lemak yang dijadikan burger, ikan masin dijadikan bahan masakan dan yang terbaru, sambal belacan dijadikan minuman?

pelik

Sabar dulu… “Don’t judge a book by its cover”, Nampak pelik tapi mesti ada sebab mengapa Daboba Malaysia berani membuat kelainan pada perisa minuman mereka kali ini.

Mungkin dengan perisa terbaru ini, pak cik- pak cik dan mak cik-mak cik kita boleh cuba rasa, siapa tahu mungkin kena dengan citarasa mereka? Maklumlah, sambal belacan kebanyakannya disukai oleh golongan terdahulu…

Silap-silap hari, mereka yang tidak pernah tahu-menahu akan boba milk tea terus suka akan kelainan yang dibawakan Daboba Milk Tea kali ini.

Jadi apa tunggu lagi? Bermula 1 April 2021 sambal belacan milk tea sudah boleh didapatkan di seluruh cawangan Daboba Malaysia. Belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu… Hah jom pergi esok!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!