Dahsyat ke Ribut Taufan Super Goni? );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Dahsyat ke Ribut Taufan Super Goni?

Share

Dua hari yang lepas, kita dikejutkan dengan berita di negara jiran, Filipina, yang telah dilanda ribut taufan Goni yang sangat dahsyat dalam sejarah. Terkini, lebih dari satu juta rakyat Filipina telah dipindahkan, termasuk di ibu kota.

Lapangan terbang antarabangsa juga ditutup. Dan, ini adalah ribut taufan ke-18 yang melanda Filipina dan yang paling teruk tahun ini. Korang semua boleh lihat sedutan paparan video yang telah melanda Filipina.

Menurut AstroMet Malaysia, Taufan Goni adalah siklon tropika terkuat dalam sejarah berpandukan rekod kelajuan angin berterusan selama 01 yang pernah menerjah daratan .

 

315 km/jam!

Itu lah kelajuan angin berterusan yang telah direkodkan berhampiran pusat tengah Taufan super Goni kategori 5 ketika ia tiba di Bato, Catanduanes, Filipina pada jam 04:50 AM, 01 November lepas.

315 km/jam atau bersamaan dengan 170 knots itu merupakan kelajuan angin berterusan berpandukan data yang direkodkan selama 01 minit. Taufan Goni turut menjana deruan angin langkisau yang datang secara tiba-tiba dan berlalu pergi dengan kelajuan yang mampu mencapai 380 km/jam bersamaan 205 knots!

Ia juga merupakan ribut taufan yang paling terburuk pada tahun ini. Korang juga boleh lihat gambar di bawah yang merekodkan kelajuan ribut yang melanda Filipina.

Pada gambar satelit cuaca, Taufan Goni dapat dilihat dengan jelas dan bentuk simetri yang hampir sempurna. Merupakan ciri khas taufan tropika yang paling kuat.

Taufan Super Goni itu mengancam Filipina hanya beberapa hari selepas Taufan Molave ​​melanda negara tersebut, membunuh sekurang-kurangnya 22 orang, kebanyakannya hanya di selatan Manila menurut berita tempatan.

[Sumber: AstroMet Malaysia] 

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!